UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)


Osman, Rafisah and Saidin, Khaliza (2014) Amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). In: Seminar Kebangsaan Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2014, 25 - 26 September 2014, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM). (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (444kB) | Request a copy

Abstract

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan agenda penting dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Walaubagaimanapun dari segi pelaksanaan, amalan penyeliaan pengajaran sering menjadi isu.Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka tentang amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di SABK di negeri Kedah berdasarkan persepsi guru.Kajian ini berbentuk kuatitatif dan menggunakan kaedah tinjauan bagi tujuan pengumpulan data.Sampel kajian dipilih secara persampelan bertujuan, iaitu pengumpulan data.Sampel kajian dipilih secara persampelan bertujuan, iaitu melibatkan seramai 210 orang guru daripada 13 buah sekolah SABK yang terdapat di negeri Kedah.Untuk tujuan ini, satu set soal selidik telah digunakan dan semua maklumat yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif.Pada dasarnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa aktiviti penyeliaan secara formal berlaku di SABK meskipun tidak menyeluruh terhadap semua guru.Dapatan juga menunjukkan kualiti keseluruhan penyeliaan pengajaran di SABK berada pada paras sederhana tinggi.Namun begitu, dapatan juga membuktikan terdapatnya lompang dalam amalan penyeliaan yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin kurikulum di sekolah agar kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat ditingkatkan serta tidak menimbulkan tekanan kepada guru.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran : Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM)
Uncontrolled Keywords: Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran , kualiti penyeliaan, pemimpin kurikulum.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Rafisah Osman
Date Deposited: 13 Nov 2014 00:34
Last Modified: 01 Jun 2016 07:27
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/12703

Actions (login required)

View Item View Item