mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Komunikasi dan etnik: Analisis lanjutan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen budaya komunikasi masyarakat Melayu Malaysia

Mustaffa, Che Su and Abu Bakar, Hassan and Ahmad, Mohd Khairie and Mohd Hadza @ Othman, Mohd Baharudin (2013) Komunikasi dan etnik: Analisis lanjutan kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen budaya komunikasi masyarakat Melayu Malaysia. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of Chesu.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (648kB) | Request a copy

Abstract

Budaya yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat merupakan peraturan yang mempengaruhi tata cara berkomunikasi.Begitu juga dengan konteks pengurusan sesebuah organisasi.Budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi turut mempengaruhi tata cara kakitangan organisasi tersebut berkomunikasi.Sehubungan itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan dalam aspek budaya komunikasi masyarakat Melayu dan kepuasan komunikasi berdasarkan faktor jantina, umur, tempoh perkhidmatan, keturunan, kelulusan akademik dan juga pendapatan bulanan.Selain itu juga, kajian ini turut bertujuan untuk meneliti sama ada terdapat hubungan di antara budaya komunikasi masyarakat Melayu dengan kepuasan komunikasi.Kajian ini juga bertujuan untuk menguji pengukuran budaya komunikasi yang telah dibentuk dalam konteks pengurusan organisasi yang berbeza. Reka bentuk kuantitatif digunakan dan data dikumpulkan melalui pengedaran soalselidik.Seramai 320 orang responden terlibat dalam kajian ini.Analisis statistik yang digunakan ialah ujian-t, ujian ANOVA Sehala, Korelasi Pearson dan analisis persamaan struktural.Hasil kajian menunjukkan terdapat lapan dimensi yang dikenalpasti dapat mengukur budaya komunikasi masyarakat Melayu iaitu meliputi dimensi penghormatan, ambil tahu, kesopanan, sindiran, menjaga maruah, dihormati, silaturrahim dan perbincangan.Hasil analisis turut mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek budaya komunikasi Melayu dan kepuasan komunikasi berdasarkan aspek jantina, umur, tempoh perkhidmatan, keturunan, kelulusan akademik dan juga pendapatan bulanan.Selain itu, analisis korelasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara budaya komunikasi masyarakat Melayu dengan kepuasan komunikasi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: KOD S/O: 12031
Uncontrolled Keywords: Pengukuran Budaya Komunikasi, Kepuasan Komunikasi, Budaya Komunikasi
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Che Su Mustaffa
Date Deposited: 01 Dec 2014 01:19
Last Modified: 21 Dec 2016 02:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12775

Actions (login required)

View Item View Item