mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Model kesediaan (readiness) ke atas teknologi sistem keamatan padi: Kajian ke atas petani luar bandar

Othman, Zakirah and Mat Yamin, Fadhilah and Yaacob, Noorulsadiqin Azbiya and Che Ali, Nurul Huda and Musa, Suria (2014) Model kesediaan (readiness) ke atas teknologi sistem keamatan padi: Kajian ke atas petani luar bandar. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of Zakir.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Perubahan amalan kebiasaan sesuatu komuniti kepada amalan baru tentunya mempunyai episodnya yang tersendiri.Dari sudut pengurusan, perubahan ini akan melibatkan teknologi penerimaan dan teknologi kesediaan.Dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji sejauh mana teori tingkahlaku yang dirancang dapat menerangkan kesediaan petani kawasan luar bandar di daerah Sik untuk berubah menggunakan teknik SRI dalam penanaman padi. Kajian ini bersifat penerokaan dan kaedah temubual dan pemerhatian dilakukan.Dapatan kajian boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian awal dan kajian sebenar.Kajian awal dilakukan untuk mengenalpasti soalan, prosedur dan responden yang bersesuaian.Dapatan kajian awal juga telah mengenalpasti teknik penanaman padi yang digunakan responden di kawasan tersebut adalah kaedah SRI. Kajian sebenar mendapati kesediaan pengguna terhadap kaedah SRI boleh ditentukan oleh faktor sikap, faktor norma subjektif dan persepsi kawalan gelagat.Kajian ini menghasilkan model kesediaan terhadap kaedah SRI di luar bandar.Hasil kajian ini dijangkakan akan menjadi bahan rujukan bagi pengkaji akan datang dan pihak KEDA serta Jabatan Pertanian dalam merancang program yang bersesuaian dan berterusan dengan tahap kesediaan para petani di kawasan ini dan kawasan luar bandar lain.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: (Kod s/o 12547)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Zakirah Othman
Date Deposited: 01 Dec 2014 02:27
Last Modified: 18 Apr 2016 04:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/12785

Actions (login required)

View Item View Item