UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Masalah sosial remaja: Tinjauan daripada perspektif sosiologi


Jamaludin, Zakiyah (2001) Masalah sosial remaja: Tinjauan daripada perspektif sosiologi. In: Dimensi-dimensi Pembangunan Sosial. Kolokium Akademik, Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 117-124.

[img]
Preview
PDF
Download (823kB) | Preview

Abstract

Sejak-sejak akhir-akhir ini masyarakat dikejutkan dengan pelbagai kejadian tragik yang melibatkan golongan remaja khususnya. Sekitar tahun 2001 menyaksikan banyak kes-kes bunuh,amuk,rogol dan liwat yang melibatkan remaja tidak kira sama ada mereka adalah mangsa atau pelaku. Misalnya pada 3 Julai 2001, Nurul Hanis Kamil,16 tahun, pelajar Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub (SDARY), Melaka, dirogol, diliwat dm dibunuh dalam semak berhampiran rumahnya di Taman Koperasi Risda, Serkam Darat, Jasin, Melaka. Selang beberapa hari kemudian, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang sama sekolah dengannya ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut.Pada 6 Julai 2001, Siti Nadirah Budah, 5 tahun, dibunuh selepas dirogol di Kampung;simuga Besar, Jalan Batang Batu 10, Sandakan, Sabah. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kemudiannya ditahan setelah mengaku melakukan pembunuhan tersebut.Pada tarikh yang sama, seorang anak menikam ayahnya sehingga mati dan mencederakan ibu serta adik perempuannya sehingga parah kerana mengamuk, di Kampung Paya Kechik, Temerloh, Pahang. Manakala pada 10 Julai 2001, seorang pemuda berusia 20 tahun mencabul kanak-kanak berusia 5 tahun di sebuah rumah di Batu 8, Gombak, Selangor. Terdahulu sebelum itu, pada 21 Oktober 2000, seorang remaja lelaki berusia 12 tahun telah merogol dan membunuh Norshuhada Burak dan mayatnya dicampakkan ke dalam tangki di tingkat atas rumahnya.Keganasan serta tingkah laku yang di luar batasan ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat, sehingga menganggap perlakuan tersebut sudah ke tahap yang amat membimbangkan. Sebelum ini, masyarakat didedahkan dengan perlakuan remaja yang juga berada pada tahap yang serius misalnya masalah salah laku pelajar sekolah Yang membabitkan kegiatan merokok (termasuk pelajar perempuan, yang dianggap salah satu punca pelajar Melayu tidak cemerlang), vandalisme, pergaduhan yang membabitkan kumpulan pelajar sehingga berlaku tikam-menikam, sehinggalah tingkah laku membakar sekolah. Kejadian terbaru ialah pembabitan remaja dalam kumpulan Black Metal yang bertindak melampaui batas agama Islam dengan meminum kambing jantan, minum arak, mengambil dadah, mengamalkan seks bebas dan memijak A1 Qur'an.Namun, agenda terpenting bagi kumpulan ini ialah penyelewengan akidah bagi umat Islam.Media massa turut berperanan dalam mendedahkan segala segala perilaku tersebut yang akhirnya membawa kepada gejala atau sosial yang membabitkan remaja.Menurut Mc Whirter(1998)delinkuan dan keganasan merupakan luahan luaran berkaitan tidak konformis, menolak norma ibu bapa dan sosial serta reaksi kepada tekanan dalaman. Menurut Eron et. a1 (dalam Abdul Razak Abdul Manaf, 2000)terdapat empat pengalaman sosial individu yang berbeza yang mempercepatkan langkah ke arah keganasan dan jenayah di kalangan kanak-kanak dan remaja iaitu, penglibatan awal dengan alkohol dan dadah; penglibatan dengan kumpulan antisosial;kemudahan mendapatkan senjata; dan pemaparan keganasan dalam media. Banyak kajian menunjukkan bahawa remaja yang memulakan aktiviti tidak sihat/delinkuens sejak dari awal mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi pesalah jenayah yang kronik (Patterson, et.al, 1992; Walker, et.al, 1995; McWhirter, 1998; dalam Abdul Razak Abdul Manaf, 2000). Mereka telahpun mempamerkan gelagat, fikiran dan emosi yang disfungsional sejak awal kehidupan dan semasa di bangku sekolh dan jika ia tidak dicegah, boleh membentuk permasalahan sosial yang lebih kronik terhadap golongan remaja terbabit.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Oct 2010 08:30
Last Modified: 10 Oct 2010 08:30
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1285

Actions (login required)

View Item View Item