UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Waktu lapang di kalangan belia yang menuntut di pusat pengajian tinggi dan implikasinya kepada pekerja sosial komuniti


Sayuti, Rusimah and Jamaluddin, Zakiyah (2002) Waktu lapang di kalangan belia yang menuntut di pusat pengajian tinggi dan implikasinya kepada pekerja sosial komuniti. In: Prosiding Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial 2002. Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 57-75. ISBN 9839307088

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (431kB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat jenis-jenis aktiviti waktu lapang golongan belia yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi, tahap keaktifan penglibatan belia di dalam aktiviti yang dipilih dan tahap kepuasan di dalam pengisian waktu lapang dengan aktiviti yang dipilih. Selain itu, untuk melihat perhubungan antara jenis aktiviti yang dipilih dengan tahap kepuasan pengisian aktiviti waktu lapang Itan untuk melihat perbezaan antara faktor demografi mengenai jenis aktiviti, tahap keaktifan dan tahap kepuasan di dalam aktiviti pengisian waktu lapang. Seramai 290 orang pelajar telah dipilih secara rawak dari pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Maiaysia. Borang soalselidik digunakan sebagai instrumen kajian mengandungi 3 bahagian iaitu demografi, aktiviti waktu lapang dan kepuasan pengisian aktiviti waktu lapang. Pembolehubah aktiviti waktu lapang diukur dengan mengunakan inventori dari McKechnie S Leisure Activity dizn pembolehubah kepuasan pengisian waktu lapang diukur dengan mengunakan inventori Leisure Satisfaction Measurement (LSW. HasiI kajian menunjukkan aktiviti sosial dan membaca lebih popular berbanding aktiviti media massa, aktiviti di luar, sukan, budaya dan hobi. Setiap jenis aktiviti waktu Iapang memperlihatkan keterlibatkan yang sangat aktf kecuali aktiviti kebudayaan. Aspek kepuasan pengisian waktu lapang releks, jsiologi dun pendidikan memberikan kepuasan yang lebih kepada responden berbanding kepuasan yang diperolehi dari aspek sosial dan estatik pengisian waktu lapang. Terdapat hubungan positif yang signifikan di antara aktiviti waktu lapang dengan kepuasan pengisian waktu lapang. Terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor demografi mengenai tahap keaktifan dalam aktiviti waktu lapang. Namun tidak ada perbezaan yang signifikan antara faktor demografi mengenai kepuasan pengisian waktu lapang. Kajian ini juga melihat bahawa perkhidmatan kerja sosial komuniti dapat memberi sumbangan di dalam intervensi waktu Iapang belia dengan meningkatkan kemampuan secara maksimum, menghubungkan dengan sistem atau sumber dan mengalakkan keberkesanan sistem perkhidmatun waktu lapang yang sedia ada.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Oct 2010 06:22
Last Modified: 14 Oct 2010 06:22
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1304

Actions (login required)

View Item View Item