mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembaharuan pentadbiran: Perlaksanaan pengurusan awam baru di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Abdul Mutalib, Rozita (2014) Pembaharuan pentadbiran: Perlaksanaan pengurusan awam baru di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 50.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (498kB) | Request a copy

Abstract

Pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan dalam sistem pentadbiran awam Malaysia adalah sejajar dengan perubahan zaman serta kemajuan sains dan teknologi dalam era globalisasi.Sebarang perubahan dalam teknologi, proses serta prosedur, undang-undang dan persekitaran mahupun pengenalan program-program baru menuntut semua jentera pentadbiran kerajaan bersedia dan memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakannya.Agensi awam perlu responsif dan bersedia untuk berubah demi merealisasikan aspirasi kerajaan dan seterusnya rakyat.Pembaharuan pentadbiran di Malaysia didominasi oleh gerakan Pengurusan Awam Baru (New Public Management NPM) yang berteraskan idea bahawa teknik pengurusan sektor swasta dan mekanisme pasaran dapat meningkatkan kecekapan sektor awam.Reformasi pengurusan awam baru ini (NPM) dikatakan satu revolusi saintifik yang berlaku dalam abad ke 20 berkaitan dengan tadbir urus bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan aspek reformasi pentadbiran yang berlaku dalam sektor awam Malaysia khususnya dalam konteks pengurusan awam baru (NPM).Oleh kerana matlamat NPM adalah meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, maka kajian ini menjurus kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia memandangkan majoriti rakyat berurusan dengan kerajaan peringkat ketiga ini (PBT).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: reformasi pentadbiran, Pengurusan Awam Baru, penyampaian perkhidmatan
Subjects: J Political Science > JS Local government Municipal government
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Rozita Abdul Mutalib
Date Deposited: 21 Jan 2015 04:18
Last Modified: 21 Jan 2015 04:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13122

Actions (login required)

View Item View Item