mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sifat negara dan kaitannya dalam mentadbir isu-isu keagamaan di Malaysia

Halim, Rohizan and Yusof, Yuhanif (2014) Sifat negara dan kaitannya dalam mentadbir isu-isu keagamaan di Malaysia. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 88.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (425kB) | Request a copy

Abstract

Perlembagaan sesebuah negara memperuntukkan sifat sesebuah negara yang memberikan wajaran dalam amalan pentadbiran oleh pihak Eksekutif.Sesebuah negara boleh dikategorikan sebagai mempunyai Perlembagaan bersifat ‘theocratic’ sekular ataupun hibrid. Dalam konteks Malaysia, wujud juga pandangan yang mengatakan bahawa Malaysia adalah negara bersifat ‘religiosecular’.Sifat sesebuah negara adalah penting kerana ia akan menunjukkan sejauh manakah pihak Eksekutif bertindak mengawal isu-isu keagamaan dalam negara berkenaan melalui kuatkuasa undang-undang dan peraturan. Kefahaman mengenai kedudukan ini penting kerana apabila wujud suatu tindakan oleh pihak Eksekutif berkaitan isu agama ia boleh dilihat dalam konteks kesesuaian tindakan berkenaan dengan sifat negara. Tidak akan timbul perdebatan dalam masyarakat yang merasakan bahawa tindakan yang diambil itu adalah tidak wajar terutamanya bagi negara yang mempunyai masyarakat berbilang etnik sebagaimana Malaysia. Oleh itu, penulisan ini akan melihat sifat negara secara umum dan melihat kedudukan Malaysia serta justifikasi amalan pentadbiran sedia ada dalam konteks pentadbiran isu-isu agama khususnya melibatkan pemberian hak kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: sifat negara, pentadbiran, isu-isu agama, hak kebebasan beragama.
Subjects: J Political Science > J General legislative and executive papers
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Rohizan Halim
Date Deposited: 25 Jan 2015 02:00
Last Modified: 25 Jan 2015 02:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13173

Actions (login required)

View Item View Item