mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Skim Subsidi Harga Padi (SSHP: Penilaian dan implikasi polisi ke atas taraf hidup petani padi (miskin dan bukan miskin) serta peranan dalam pasaran

Ibrahim, Ahmad Zubir and Radin Baharuddin, Radin Firdaus (2014) Skim Subsidi Harga Padi (SSHP: Penilaian dan implikasi polisi ke atas taraf hidup petani padi (miskin dan bukan miskin) serta peranan dalam pasaran. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 98.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (767kB)

Abstract

Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menilai keberkesanan perlaksanaan Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dalam meningkatkan taraf hidup petani padi. Bagi menilai kepentingan SSHP kepada isi rumah, seramai 225 orang petani padi di kawasan pengairan Muda telah dipilih secara rawak.Hasil kajian mendapati seramai 32 orang petani padi dikategorikan sebagai miskin dan 193 orang petani padi bukan miskin.Hasil kajian turut mendapati bahawa petani padi dikawasan pengairan Muda bergantung sepenuhnya kepada hasil pengeluaran tanaman padi dan SSHP sebagai sumber pendapatan utama.Sekiranya kerajaan memutuskan untuk menarik semula SSHP, sebanyak 2.22 peratus petani padi akan memasuki kumpulan miskin tegar, 9.33 peratus miskin dan 61.33 peratus berada dalam kumpulan mudah terancam.Selain kaedah soal selidik, kajian ini turut menjalankan analisa empirikal di peringkat makro bagi melihat kepentingan SSHP dalam pasaran.Dapatan analisa ini mendapati SSHP merupakan mekanisme yang berperanan penting bagi mendokong sistem harga kawalan beras yang dilaksanakan bagi melindungi pengguna.Menyedari hakikat tersebut, kertas kerja ini mencadangkan agar SSHP perlu diteruskan dan ditingkatkan nilainya pada masa akan datang di samping beberapa tindakan polisi yang boleh dipertimbangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: skim subsidi harga padi (SSHP), pendapatan, petani padi,kawasan pengairan Muda
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr Ahmad Zubir Ibrahim
Date Deposited: 26 Jan 2015 02:58
Last Modified: 26 Jan 2015 02:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13184

Actions (login required)

View Item View Item