mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengetahuan dan kemahiran pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental di Malaysia

Ahmad Ramli, Fatimah Zailly and Yusof, Yusmarhaini and Mohd Noor, Norfarahin (2014) Pengetahuan dan kemahiran pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental di Malaysia. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 8.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (316kB) | Request a copy

Abstract

Profesion pekerja sosial adalah bidang yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat dokumentasi, penilaian terhadap masalah utama klien, memperkasakan serta menyelesaikan masalah klien berpandukan kaedah dan teori bersesuaian.Peningkatan ilmu serta kemahiran dalam membuat penilaian psikososial di kalangan pekerja sosial klinikal yang terbabit dalam seting kesihatan mental adalah penting bagi menangani masalah sosial yang dihadapi klien.Kajian kualitatif dengan kaedah temubual bersemuka bersama responden yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang kesihatan mental telah dilakukan. Responden terdiri daripada individu yang bekhidmat di Unit Kerja Sosial Perubatan dan institusi kesihatan mental.Soalan separa berstruktur dikemukakan untuk mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial klinikal dalam seting kesihatan mental. Hasil temubual dianalisis menggunakan kaedah analisis bertema berdasarkan objektif kajian serta dilakukan dengan cara kod berwarna mengikut tema yang telah dikenalpasti.Dapatan kajian membincangkan aspek pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang pekerja sosial dalam bidang kesihatan mental terbahagi kepada empat komponen iaitu (i) pengetahuan untuk melaksanakan penilaian; (ii) pengetahuan mengenai penyakit mental dan penguasaan pelbagai teori berkaitan; (iii) pengetahuan minimum kelayakan dan (iv) kemahiran tambahan sebagai pekerja sosial kesihatan mental.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pekerja sosial, kesihatan mental, kajian kualitatif
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Fatimah Zailly Ahmad Ramli
Date Deposited: 27 Jan 2015 01:58
Last Modified: 27 Jan 2015 01:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13194

Actions (login required)

View Item View Item