UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Spiritualiti, fatwa dan taksiran zakat usahawan padi di Malaysia


Hamat, Zahri (2014) Spiritualiti, fatwa dan taksiran zakat usahawan padi di Malaysia. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (745kB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini bertujuan menganalisis taksiran zakat pertanian dalam kalangan usahawan padi di Malaysia dari perspektif spiritualiti, fatwa dan amalan di institusi zakat.Hal ini kerana maqasid zakat adalah untuk membersihkan dan mensucikan jiwa dan harta pemilik kekayaan.Dalam manual terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), taksiran zakat pertanian dibuat setelah ditolak kos pengeluaran pertanian.Persoalannya, fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan kos pengeluaran pertanian ditolak? Apatah lagi kos sara hidup para usahawan padi. Bagaimanakah untuk mengharmonikan antara fatwa dan amalan taksiran zakat supaya aspek spiritualiti dalam maqasid zakat dapat direalisasikan? Berdasarkan analisis kandungan terhadap data sekunder dan data primer, perbincangan kertas ini dibahagikan kepada tiga kategori.Pertama, menyorot maqasid zakat diwajibkan dari perspektif spiritualiti sebagai latar belakang kertas ini. Kedua, menganalisis tulisan klasik tentang kos pengeluaran dan kos sara hidup.Ketiga, menganalisis kaedah taksiran zakat pertanian yang sedang diamalkan oleh institusi-institusi zakat di Malaysia.Dihujahkan dengan mengambil kira bentuk pertanian pada masa kini, maka penilaian semula kaedah taksiran zakat pertanian adalah diperlukan kerana maqasid zakat adalah untuk membersihkan dan mensucikan jiwa dan harta.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: spiritualiti, fatwa, maqasid, kos pengeluaran pertanian, dan kos sara hidup
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Jan 2015 02:10
Last Modified: 15 May 2016 04:25
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/13200

Actions (login required)

View Item View Item