mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kualiti hidup penjaga keluarga yang menjaga pesakit Paraplegia di rumah

Nawawi, Nor Anida (2014) Kualiti hidup penjaga keluarga yang menjaga pesakit Paraplegia di rumah. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 24.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Isu penjagaan pesakit Paraplegia adalah komplek dan memberi kesan kepada kualiti hidup penjaga keluarga yang terlibat.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kualiti hidup penjaga keluarga yang menjaga pesakit Paraplegia di rumah serta mengkaji faktor beban jagaan dan tahap penerimaan sokongan sosial dalam kalangan penjaga keluarga tersebut.Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu menggabungkan data kuantitatif dan kualitatif.Data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik kepada 81 orang penjaga keluarga dan temubual secara mendalam turut dijalankan kepada 8 orang penjaga keluarga pesakit Paraplegia yang menjalankan rawatan di PPUM.Kajian ini menggunakan instrumen World Health Organization Quality Of Life (WHOQOL)-Brief, Zarit Burden Interview (ZBI) dan Modified Social Support Scale (MSSS).Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara kualiti hidup penjaga dengan beban jagaan dan tahap penerimaan sokongan sosial.Secara keseluruhan hasil kajian, WHOQOL-Brief mendapati penjaga pesakit Paraplegia mempunyai tahap kualiti hidup dari aspek hubungan sosial yang baik berbanding dengan kualiti hidup kesihatan fizikal, kesihatan psikologi dan persekitaran.Ianya selari dengan hasil kajian kualitatif yang melaporkan penjaga lebih terjejas dari segi emosi dan fizikal berbanding dengan hubungan sosial.Kajian ini mendapati beban jagaan, sokongan emosi dan tempoh penjagaan pesakit menjadi faktor peramal utama kepada perubahan kualiti hidup penjaga pesakit Paraplegia yang menjalankan penjagaan di rumah.Kesimpulannya, kualiti hidup penjaga yang baik turut menjamin kualiti hidup pesakit Paraplegia, oleh yang demikian intervensi dan keperihatinan daripada semua pihak dapat membantu mengurangkan beban jagaan serta bertindak sebagai sumber sokongan sosial, ini akan membantu kualiti hidup penjaga pesakit Paraplegia akan lebih terjamin.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Kualiti hidup, beban, sokongan sosial, penjaga pesakit, Paraplegia
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Jan 2015 06:49
Last Modified: 23 May 2016 07:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13215

Actions (login required)

View Item View Item