mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Dasar warga emas negara dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Malaysia

Ibrahim, Noraida and Mat Saad, Zarina and Ahmad Ramli, Fatimah Zailly (2014) Dasar warga emas negara dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Malaysia. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 36.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (818kB) | Request a copy

Abstract

Penuaan penduduk merupakan satu fenomena yang bakal melanda Malaysia pada abad ke-21 kelak. Negara kita sebagai negara membangun dijangka akan mengalami fenomena penuaan penduduk dalam masa terdekat dan kelajuan Malaysia mencapai status negara tua adalah lebih pesat berbanding negara maju yang lain.Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 2007, warga emas di Malaysia akan berganda daripada 7% kepada 14% dalam masa 28 tahun sahaja berbanding negara Sweden yang telah mengambil masa selama 112 tahun untuk perubahan yang sama.Menyedari hakikat ini, Kerajaan telah menggubal Dasar Warga Tua Negara pada tahun 1995. Dasar dan pelan ini kemudianya telah ditambah baik menjadi Dasar Warga Emas Negara (DWEN) pada 5 Januari 2011.Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan DWEN yang menjadi panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan segala perancangan berkaitan program pembangunan warga emas bagi menghadapi fenomena penuaan kelak. Sub topik yang akan dibincangkan adalah berkaitan strategi yang terkandung di dalam DWEN.Selain itu pengwujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang merupakan salah satu program pembangunan yang diwujudkan dibawah DWEN bagi menangani isu dan cabaran warga emas akan turut dibincangkan dalam kertas kerja ini selain topik utama berkaitan DWEN.Sub topik berkaitan PAWE yang akan dibincangkan adalah berkaitan aspek pelaksanaan dan kaitan PAWE kepada kesejahteraan warga emas.Sebagai makluman, PAWE adalah satu alternatif kepada warga emas sebagai tempat untuk mendapatkan perkhidmatan serta menjalankan aktiviti harian dan ia turut menyumbang kepada kesejahteraan warga emas di dalam komuniti.Di Malaysia terdapat 22 buah PAWE yang telah diwujudkan melalui peruntukan projek Rancangan Malaysia ke lapan (8) dan sembilan (9).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: penuaan, Dasar Warga Emas Negara, warga emas, Pusat Aktiviti Warga Emas, kesejahteraan dalam komuniti
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Dr. Zarina Mat Saad
Date Deposited: 28 Jan 2015 07:39
Last Modified: 18 May 2016 00:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13227

Actions (login required)

View Item View Item