mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Intervensi psikososial berasaskan pendekatan kerja sosial bagi komuniti mangsa banjir di Malaysia

Md Akhir, Noremy and Azman, Azlinda (2014) Intervensi psikososial berasaskan pendekatan kerja sosial bagi komuniti mangsa banjir di Malaysia. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 37.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (844kB) | Request a copy

Abstract

Bencana banjir adalah sesuatu keadaan yang amat menekankan kerana ia dianggap sebagai situasi krisis.Dalam kebanyakan situasi bencana tidak kira sebesar mana kecederaan atau kehilangan yang dirasai, semua mangsa yang terlibat akan merasa tertekan, bimbang dan risau dengan apa yang berlaku, akibat kehilangan ahli keluarga, tempat tinggal dan hilang punca pendapatan serta sokongan sosial.Tanpa bantuan dan sokongan psikososial, mangsa akan berisiko untuk berhadapan dengan situasi kemurungan.Kesan psikologikal akibat bencana banjir akan mengundang kepada berlakunya tekanan dan ketegangan emosi kepada mangsa banjir.Walaupun pada awal krisis, mangsa bencana nyata memerlukan rawatan kecemasan, keselamatan perlindungan, makanan dan minuman, bantuan kewangan atau apa yang dikatakan sebagai bantuan fizikal semata-mata, namun kebanyakan mangsa turut memerlukan sokongan sosial-emosi serta pemulihan yang berkesan. Kertas kerja ini akan mengupas dan melihat konsep dan bentuk intervensi psikososial yang terbaik dari pelbagai sudut dan pandangan bagi menangani isu psikologikal dan sosio-emosi yang wujud akibat bencana banjir yang berlaku.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pengurusan bencana, intervensi psikososial, daya tahan (resiliensi), pembangunan komuniti dan kerja sosial
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Jan 2015 07:41
Last Modified: 22 May 2016 06:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13228

Actions (login required)

View Item View Item