Ahmad, Noor Azizah and Abdul Ghani, Mariny and Ahmad, Zalinah (2014) Pemerkasaan wanita Malaysia ke arah pembangunan modal insan. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (800kB) |
Abstract
Dasar Wanita Negara menghendaki pelbagai pihak memainkan peranan untuk merealisasikan aspirasi bagi membangunkan modal insan yang berdaya saing dalam aktiviti pembangunan Negara.Pelbagai tindakan telah diambil untuk menjayakan hasrat ini selaras dengan pernyataan dalam strategi dan pendekatan yang telah ditetapkan melalui dasar tersebut.Pelan Tindakan Pembangunan Wanita juga telah dijadikan panduan dalam membentuk program dan aktiviti yang sewajarnya dilaksanakan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.Salah satu dari pendekatan tersebut ialah mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan dan terlatih bagi membolehkan penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti pembangunan.Pelan ini juga menuntut komitmen menyeluruh dari agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan.Selaras dengan itu, artikel ini akan mengupas program-program yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk memperkasa wanita ke arah membangunkan modal insan yang mampu menyumbang tenaga dan berdaya saing dalam aktiviti pembangunan Negara.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia. |
Uncontrolled Keywords: | Dasar Wanita Negara, memperkasa, modal insan, wanita, Malaysia |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
Depositing User: | Dr. Noor Azizah Ahmad |
Date Deposited: | 28 Jan 2015 07:58 |
Last Modified: | 27 Apr 2016 07:36 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13235 |
Actions (login required)
View Item |