mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi masyarakat terhadap kecuaian ibu bapa dalam kawalan ke atas anak-anak: Kajian kes di Negeri Kedah

Ishak, Noor Azniza and Mustafa, Jamaludin and Shaari, Azemi and Ab Hamid, Kamal and Ismail, Nur Qurratul’ Aini and Hamzah, Mohd Hilmi (2014) Persepsi masyarakat terhadap kecuaian ibu bapa dalam kawalan ke atas anak-anak: Kajian kes di Negeri Kedah. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 60.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini secara umumnya memfokuskan kepada aspek pandangan masyarakat terhadap peranan ibu bapa/penjaga dalam menjaga dan mengawasi anak-anak. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti faktor-faktor berlaku kecuaian dan tindakan yang perlu diambil dalam menangani masalah tersebut. Reka bentuk penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana saiz sampel yang diambil sebanyak 300 orang responden yang terdiri daripada masyarakat di Alor Setar, Kedah. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat berpendapat ibu bapa atau penjaga perlulah memainkan peranan dalam mengawasi anak-anak bagi mengelak berlakunya masalah kecuaian. Secara keseluruhannya responden menyatakan persetujuan kepada lapan faktor penyebab berlakunya kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak. Responden juga telah mencadangkan lapan langkah dalam mengatasi masalah kecuaian ini. Berdasarkan kepada dapatan kajian juga dapatlah dirumuskan bahawa peranan ibu bapa dan keluarganya mempengaruhi sikap kecuaian dalam membesar, mendidik dan mengasuh anak-anak.Keluarga yang kucar kacir akibat perceraian, saiz keluarga yang besar, faktor sosial ekonomi dan kefahaman ibu bapa dalam ilmu keibubapaan menunjukkan faktor utama kepada kecuaian ibu bapa dalam keluarga terhadap anak-anak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: the School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: persepsi, kecuaian, kawalan, ibu bapa, anak-anak
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Prof. Dr. Noor Azniza Ishak
Date Deposited: 24 Feb 2015 08:37
Last Modified: 18 May 2016 06:43
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13250

Actions (login required)

View Item View Item