mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok dan kaitannya dengan perkembangan diri

Mat Min, Ruhani and Abu Bakar, Mohd Yusuf (2014) Faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok dan kaitannya dengan perkembangan diri. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 69.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan mengenalpasti faktor terapeutik dalam kaunseling kelompok yang mendorong perkembangan diri ahli.Perkembangan diri bermaksud perubahan yang dialami oleh ahli kesan daripada kaunseling kelompok yang dilaluinya.Seramai lima orang pelajar kaunseling telah melibatkan dalam kajian ini secara sukarela. Peserta kajian berkenaan telah melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya sepuluh sesi kaunseling kelompok, yang juga merupakan sebahagian daripada aktiviti pembelajaran yang perlu diikuti oleh mereka. Data dikumpulkan melalui temubual dan penulisan diari.Temubual berkenaan adalah secara semi struktur, iaitu penyelidik menyediakan soalan sebagai panduan sebelum memulakan temubual. Walaupun begitu, temubual berkenaan tidak tertakluk semata-mata kepada soalan yang telah disediakan.Penulisan diari bertujuan untuk membantu peserta kajian menyatakan pandangan, pengalaman atau sebarang perkara yang berkaitan dengan kaunseling kelompok yang dilaluinya. Setiap peserta kajian akan melibatkan diri dalam tiga kali temubual dan tiga kali penulisan diari sepanjang tempoh pengumpulan data.Penulisan diari dilakukan selepas setiap kali temubual diadakan dan ianya mengikut kesesuaian masa setiap peserta kajian. Tempoh masa mengumpul data, temubual dan penulisan diari, selama lapan minggu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan tanpa syarat dan mematuhi kerahsiaan oleh fasilitator dan ahli kelompok merupakan faktor teraputik utama yang menyumbang kepada perkembangan diri ahli. Faktor teraputik yang lain adalah gaya kepimpinan serta penggunaan kemahiran dan pengetahuan kaunseling fasilitator, dan komitmen ahli kelompok.Kewujudan faktor-faktor teraputik berkenaan mendorong perkembangan diri iaitu keyakinan, celik akal, kelegaan dan rasa dihargai dalam kalangan ahli kelompok.Implikasinya, penerimaan tanpa syarat dan kerahsiaan perlu difahami dengan mendalam, seterusnya diamalkan oleh kaunselor atau fasilitator agar ahli kelompok dapat mengambil contoh yang ditunjukkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: kaunseling kelompok, faktor terapeutik, perkembangan diri, kajian kualitatif, dan pelajar kaunseling
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2015 03:38
Last Modified: 19 May 2016 06:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13258

Actions (login required)

View Item View Item