mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kelemahan diri residivis mempengaruhi masalah residivisme di penjara

Abdul Hamid, Kamal and Samad, Ibrahim and Mustafa, Jamaludin (2014) Kelemahan diri residivis mempengaruhi masalah residivisme di penjara. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 72.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Masalah residivisme di penjara sering diperbahaskan kerana masalah ini memberi impak terhadap masalah lain seperti masalah kesesakan, peningkatan kos pengurusan, masalah penahanan dan layanan, masalah keberkesanan pelaksanaan program pemulihan dan pindaan undang-undang dan peraturan penjara.Masalah pelaksanaan program pemulihan berlaku kerana tidak semua residivis dapat melengkapi fasa-fasa program pemulihan yang ditetapkan kerana tempoh hukuman yang berbeza. Objektif penyelidikan ini ialah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah residivisme di Penjara Malaysia.Penyelidikan ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan dibantu kaedah kualitatif.Kaedah temubual dengan responden dan kakitangan Penjara Taiping dijalankan. Maklumat kualitatif digunakan bertujuan untuk menyokong data kuantitatif dalam penemuan penyelidikan.Instrumentasi penyelidikan yang digunakan ialah borang soal selidik yang dinamakan Inventori Kecenderongan Tingkah Laku Residivis (IKTR).Sebanyak 230 responden residivis dari Penjara Taiping telah dipilih secara rawak mudah sebagai sampel berasaskan tiga jenis kesalahan iaitu kes kesalahan jenayah kekerasan, kes jenayah kesalahan harta benda, dan kes kesalahan dadah. Kaedah analisis data secara deskriptif dan inferensi digunakan bagi melihat perkaitan sebab residivisme.Penghuraian secara frekuensi, korelasi kekerapan menjalani hukuman penjara dengan persepsi residivis.Soal selidik faktor diri residivis mempunyai17soalan.Pengukuran data dilakukan dengan menggunakan Skala Likert. Penganalisaan data dijalankan dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science atau SPSS versi 16.0.Tahap kebolehpercayaan berkaitan dengan faktor diri risidivis cronbach alpha ialah 0.88. Min bagi faktor diri adalah tinggi iaitu 3.67 dan nilai sisihan piawai 0.43. Hasil penyelidikan mendapati 82% responden bersetuju dan memberi persepsi positif terhadap pelaksanaan Pelan Pembangunan Insan (PPI).Sebanyak 67.8% bersetuju, 31.7% tidak pasti dan 0.5% tidak setuju yang mana faktor kelemahan diri residivis menjadi penyebab utama yang menyebabkan berlaku masalah residivisme selain daripada faktor keluarga, masyarakat dan persekitaran sosial. Selanjutnya cadangan dikemukan bagi meningkatkan keberkesanan program pemulihan dan tindakan menangani masalah residivisme di penjara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: residivisme, pemulihan, kesalahan, penjara
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Dr. Kamal Ab Hamid
Date Deposited: 01 Mar 2015 04:12
Last Modified: 07 Mar 2017 07:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13261

Actions (login required)

View Item View Item