UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Pengaruh kerja giliran ke atas emosi, fizikal dan mental dalam kalangan pegawai penjara


Subramaniam, Adinaraina and Mustaffa, Jamaludin and Ab Hamid, Kamal and Hamzah, Mohd Hilmi (2014) Pengaruh kerja giliran ke atas emosi, fizikal dan mental dalam kalangan pegawai penjara. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kerja giliran ke atas emosi, fizikal dan mental dalam kalangan pegawai penjara di Penjara Pokok Sena, Kedah. Mereka merupakan kakitangan yang bertugas giliran pagi, malam, petang dan giliran tetap.Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti tahap pengaruh kerja giliran dari sudut emosi, fizikal dan mental yang dihadapi pegawai penjara yang terpaksa bekerja giliran bagi menrungkai pemasalah kajian ini.. Instrumen yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang mengandungi item-item yang mengukur aspek emosi, fizikal, mental dan psikologi seperti diperlukan berdasarkan pembolehubah yang dikaji.Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian t,statistik deskriptif dan statistik inferensi.Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan program perisian SPSS Versi 16.0 (Statistical Packages for Social Sciences).Seramai 300 pegawai penjara kumpulan Penjara Pokok sena telah dipilih sebagai subjek kajian.Hasil kajian menunjukkan bahawa jadual kerja giliran mempunyai kesan sederhana ke atas fizikal namun terdapat kesan tinggi ke atas emosi dan mental pegawai penjara berdasarkan pengalaman mereka.Hasil kajian juga memperlihatkan terdapat pengaruh kerja giliran dalam kalangan pegawai penjara berbanding giliran kerja tetap.Kesemua penemuan di atas membawa implikasi bahawa jenis masa kerja yang diamalkan berserta beberapa faktor kerja dan bukan kerja boleh mempengaruhi emosi, fikizal dan mental pegawai penjara.Perbincangan dan kesimpulan kajian turut dikemukakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Dr. Jamaludin Mustaffa
Date Deposited: 01 Mar 2015 04:17
Last Modified: 25 May 2016 08:40
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/13262

Actions (login required)

View Item View Item