mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Memupuk semangat sukarelawan pelajar melalui aktiviti forum dalamm proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ZT1062 pembangunan diri di UKM serta kaitannya dengan minat

Wan Hassan, Wan Zulkifli and Alias, Jamsari and Muslim, Nazri and Taha, Mohamad and Basir @ Ahmad, Aminuddin (2014) Memupuk semangat sukarelawan pelajar melalui aktiviti forum dalamm proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ZT1062 pembangunan diri di UKM serta kaitannya dengan minat. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 79.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Ketidakupayaan pelajar mengaplikasikan konsep yang telah dipelajari dalam bentuk perkataan sendiri secara ilmiah dan intelektual serta kurang minat terhadap pembelajaran mata pelajaran itu menyebabkan pelajar kurang berketerampilan dalam pembinaan personaliti mereka.Ini merupakan satu cabaran kepada pensyarah supaya mereka tidak hanya menyampaikan bahan pengajaran melalui kuliah atau perbincangan di tutoran dengan kaedah yang konvensional, tetapi perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran untuk menggerakkan minda pelajar dan merangsangkan pelajar untuk menimba ilmu. Sebagai satu usaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, kajian telah dilakukan bagi memperbaiki kekurangan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menganjurkan forum untuk memupuk semangat sukarelawan pelajar dalam aktiviti forum supaya mereka mendapati konsep-konsep yang telah dipelajari adalah relevan dengan kehidupan seharian mereka dan seterusnya merangsang minat pelajar untuk terus menimba ilmu tentang pembangunan diri dan diaplikasikan di luar bilik kuliah.Forum itu disusuli dengan satu kajian tindakan.Kajian ini bertujuan untuk meneliti semangat sukarelawan pelajar terhadap forum sebagai satu alternatif pengajaran dan pembelajaran bagi kursus Pembangunan Diri. Sampel kajian ini melibatkan 80 pelajar daripada pelbagai jurusan seperti pengajian Islam, teknologi maklumat, sains teknologi, ekonomi dan perniagaan sesi 2012/2013 yang terlibat secara langsung dalam aktiviti forum.Sampel dibahagi kepada dua kumpulan utama iaitu kumpulan yang menjadi ahli panel dan kumpulan yang menjadi pendengar.Kumpulan penel akan menulis laporan mengenai pengalaman sebanyak dua tahap dari mula menyediakan bahan hinggalah terlibat dengan forum dan perbahasan.Kumpulan pendengar akan dinilai dari segi minat dalam penglibatan mereka terhadap aktiviti forum dan perbincangan semasa forum dan perbahasan dijalankan.Keberkesanan strategi ini adalah berdasarkan analisis terhadap laporan pelajar mengenai forum dan perbahasan yang diadakan. Dapatan kajian menunjukkan forum telah mendapat respon yang positif di kalangan pelajar.Pendekatan forum telah meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengaitkan permasalahan semasa dalam menerangkan sesuatu fakta yang telah dipelajari dan menggalakkan semangat sukarela di kalangan pelajar untuk menyelesaikan sesuatu masalah, serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dan membina keyakinan diri pelajar.Dengan ini mereka dapat mengasah kemahiran insaniah mereka dan mampu menyelesaikan masalah-masalah dan isu-isu yang berkaitan dengan kemanusiaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: sukarelawan, forum, ZT1062, pembangunan diri, UKM, minat
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2015 04:29
Last Modified: 26 May 2016 02:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13268

Actions (login required)

View Item View Item