mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tren guna tenaga buruh mengikut sektor pekerjaan dan tahap pendidikan dari tahun 2001 hingga 2012

Ngo, Jian Yee and Omar, Muhamad Roslan and Awang, Mohd Mahzan and Mydin Kutty, Faridah and Ahmad, Abdul Razaq (2014) Tren guna tenaga buruh mengikut sektor pekerjaan dan tahap pendidikan dari tahun 2001 hingga 2012. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 81.pdf]
Preview
PDF
Download (2MB) | Preview

Abstract

Indeks Kemakmuran Legatum menyenaraikan lapan sub-indeks yang merangkumi 89 pemboleh ubah untuk pengukuran kemakmuran Negara.Aspek ekonomi termasuk pemboleh ubah guna tenaga dan aspek tahap pendidikan kekal sebagai penyumbang utama kepada kemakmuran sesebuah negara bersama dengan sub-indeks pentadbiran, kesihatan, keselamatan, kebebasan peribadi, modal sosial dan peluang keusahawanan.Kertas ini menumpu kepada menganalisis tren guna tenaga mengikut sektor pekerjaan dan tahap pendidikan di Malaysia sepanjang tempoh dua belas tahun bermula tahun 2001 hingga 2012.Selain daripada situasi keseluruhan Malaysia, guna tenaga mengikut sektor pekerjaan dan tahap pendidikan mengikut pecahan negeri juga diberi perhatian.Kaedah analisis siri masa (time series analysis) berdasarkan data sekunder yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan kaedah utama yang digunakan.Dapatan kajian menunjukkan guna tenaga buruh bertambah pada kadar purata 2.2 peratus setahun.Sektor perkhidmatan terus merupakan bahagian terbesar daripada jumlah guna tenaga buruh sejak tahun 2004 hingga tahun 2012 dan mengalami pertumbuhan guna tenaga buruh purata 4.2 peratus setahun.Sektor yang paling banyak mengalami penurunan dalam peratusan penggunaan tenaga buruh ialah sektor pekerja mahir pertanian, perhutanan dan perikanan.Guna tenaga di Negeri Selangor jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain, diikuti oleh Johor dan Sabah. Analisis juga menunjukkan bahawa berlaku pertambahan mendadak dalam bilangan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi bagi tempoh 12 tahun. Melalui analisis terperinci terhadap taburan guna tenaga dan tahap pendidikan tenaga buruh, kami akan dapat mengetahui situasi sebenar struktur ekonomi Malaysia yang boleh dijadikan sebagai satu rujukan penting untuk menilai keberkesanan dasar pembangunan Negara dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: guna tenaga, tahap pendidikan, sektor pekerjaan, kemakmuran negara
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2015 04:41
Last Modified: 23 May 2016 07:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13270

Actions (login required)

View Item View Item