Mohd. Jaafar, Nor Azlah and Singh, Narinjit and Awang, Mohd Mahzan and Mydin, Faridah and Ahmad, Abdul Razaq (2014) Tren penyalahgunaan dadah dalam kalangan mahasiswa/i (2008-2013). In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.
PDF
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Dalam usaha mencapai status negara maju, kerajaan Malaysia telah merancang dan melaksanakan pembangunan modal insan kelas pertama dalam beberapa siri Rancangan Malaysia. Salah satu mekanisme utama untuk membangunkan sumber manusia adalah memperkasakan pendidikan tinggi.Rakyat digesa dan digalakkan untuk menyambung pendidikan bagi merealisasikan impian tersebut.Namun, hasrat tersebut telah dicemari oleh beberapa kes tidak bermoral yang melibatkan mahasiswa.Paling membimbangkan adalah penglibatan mahasiswa dalam penyalahgunaan dadah.Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat trend penyalahgunaan dadah dalam kalangan mahasiswa bermula dari tahun 2004 hingga 2013.Kajian ini menggunakan data sekunder yang diperoleh daripada agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan.Data dianalisis menggunakan kaedah siri masa dan silang data.Dapatan kajian menunjukkan terdapat 362 kes penagihan dadah dalam kalangan mahasiswa pada tahun 2010.Ia merupakan jumlah kes penagihan yang paling tinggi dalam tempoh satu dekad.Dapatan kajian juga mendapati bahawa majoriti penyalahgunaan dadah bermula ketika mahasiswa berumur antara 19 hingga 24 tahun.Analisis lanjut terhadap data sekunder tersebut mendapati bahawa pengaruh kawan adalah sebab utama penyalahgunaan dadah dalam kalangan mahasiswa.Masalah gejala sosial ini mencemark/an martabat bangsa malah mempengaruhi faktor pulangan kepada pembangunan negara.Usaha melahirkan bakal pemimpin negara yang mempunyai modal insan akan tergugat jika mahasiswa terus hanyut dengan masalah akhlak.Implikasi ke atas proses pemerkasaan modal insan turut dibincangkan dalam artikel ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia. |
Uncontrolled Keywords: | penyalahgunaan dadah, mahasiswa, modal insan, gejala sosial |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | School of Applied Psychology, Social Work & Policy |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 02 Mar 2015 05:58 |
Last Modified: | 23 May 2016 06:39 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13273 |
Actions (login required)
View Item |