Anuar, Abdul Rahim and Jamaludin, Zulikha (2009) Ekonomi Internet konsep, dampak, pengukuran & strategi pengurusan. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789685311390
Full text not available from this repository.Abstract
Buku ini menjelaskan evolusi ekonomi negara daripada ekonomi berasaskan pengeluaran (p-ekonomi) kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi), dengan mengetengahkan peranan ekonomi internet dalam evolusi tersebut. Ilmu dan teknologi turut memainkan peranan penting sebagai laluan pembangunan ekonomi internet dan taksonomi ekonomi internet. Seterusnya, buku ini menghuraikan dampak ekonomi internet dalam konteks bisnes, global, sosial, dan etika di peringkat global dan nasional. Dalam konteks bisnes, dampaknya ialah kemunculan model bisnes baru dengan wujudnya e-kedai, e-pembayaran, e-perolehan, e-lelong dan e-lelong terbalik, pembroker maklumat, dan model bisnes usahasama. Dalam konteks global, isunya ialah globalisasi perisian dan produk jurang digital global, komuniti global, dan penghomogenan budaya. Dampak ke atas sosial diulas dalam konteks perasaan anggota masyarakat yang berasa mempunyai kuasa ke atas objek maklumat.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Dr. Zulikha Jamaludin |
Date Deposited: | 17 Oct 2010 01:19 |
Last Modified: | 18 Oct 2010 01:31 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1335 |
Actions (login required)
View Item |