mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kewajipan jawatankuasa etika penyelidikan perubatan dalam penyelidikan klinikal di Malaysia

Yusof, Yuhanif and Mohamad Zaher, Zaki Morad and Che Ngah, Anisah (2010) Kewajipan jawatankuasa etika penyelidikan perubatan dalam penyelidikan klinikal di Malaysia. In: International Conference on Ethics & Professionalism, 1-2 December 2010, Equatorial Hotel, Bangi-Putrajaya.

[thumbnail of 1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Pada hakikatnya, persoalan berkaitan etika akan timbul apabila seseorang individu itu dipelawa untuk menyertai di dalam penyelidikan melibatkan subjek manusia atau lebih dikenali sebagai penyelidikan klinikal.Ini adalah kerana dia diminta untuk menanggung risiko sebagai subjek di dalam penyelidikan semata-mata untuk memperolehi manfaat kepada individu lain iaitu pesakit pada masa hadapan. Memandangkan sifat semula jadi penyelidikan penuh dengan ketidaktentuan sekali gus gagal untuk memberikan jaminan mutlak terhadap keselamatan nyawa subjek, maka sewajarnyalah aspek etika dalam penyelidikan diberikan perhatian yang serius.Antara langkah yang telah diambil adalah dengan menetapkan bahawa perlaksanaan sesuatu penyelidikan klinikal haruslah beretika.Tiga prinsip asas etika yang dikenal pasti adalah hormat kepada individu (respect for person), amal kebajikan (beneficience) dan keadilan (justice).Pematuhan kepada prinsip-prinsip ini adalah mustahak agar aspek keselamatan nyawa subjek sentiasa terpelihara.Bagi merealisasikan hasrat ini, maka Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) berpandukan kepada Malaysian Guidelines for Good Clinical Practice (MGCP) telah menubuhkan Jawatankuasa Etika Penyelikan Perubatan (JEPP) untuk melaksanakan penilaian saintifik dan etika ke atas setiap penyelidikan yang bakal dijalankan oleh penyelidik (KKM) yang menggunakan segala fasiliti dan sumber daripada KKM.Selain itu, JEPP juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa penyelidik memperolehi keizinan daripada subjek untuk menyertai di dalam penyelidikan secara keizinan bermaklumat.Ini bermakna, penyertaan subjek di dalam penyelidikan hanya akan menjadi sah di sisi undang-undang serta undang-undang serta etika sekiranya penyelidik mendedahkan maklumat yang sucukupnya termasuklah risiko bagi membolehkan subjek membuat satu keputusan yang rasional sama ada untuk menyertai atau tidak di dalam penyelidikan.Dalam erti kata lain, JEPP berperanan sebagai "watch dog" untuk memastikan bahawa setiap penyelidikan yang bakal dijalankan mematuhi standard etika yang telah ditetapkan agar aspek keselamatan nyawa subjek pada tahap optimum, Jesteru itu, kertas kerja ini akan mengupas berhubung dengan kewajipan etika dan profesionalisme JEPP dalam penyelidikan klinikal.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-5878-28 Organized by: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Penyelidikan klinikal, doktor-penyelidik, pesakit-subjek, jawatankuasa bebas etika, keizinan bermaklumat.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Yuhanif Yusof
Date Deposited: 09 Mar 2015 06:50
Last Modified: 09 Mar 2015 06:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13372

Actions (login required)

View Item View Item