mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hisbah sistem pengawasan dan etika pengurusan Islam

Makhsin, Mardzelah (2008) Hisbah sistem pengawasan dan etika pengurusan Islam. Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789833827619

Full text not available from this repository.

Abstract

Buku ini menjelaskan tentang implementasi al-amr bi al-makruf wa al’nahy an al-munkar. Dengan kata lain, ia memastikan pelaksanaan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya, telah dibentuk suatu pengawasan yang dipertanggungjawabkan dalam bentuk Hisbah. Keistimewaan Hisbah dilihat sebagai kesempurnaan Islam kerana Hisbah mendidik umat Islam sentiasa patuh perintah Allah SWT dengan berhati-hati, berwaspada, mempertikaikan setiap amalan yang dilakukan agar umat Islam tidak tergelincir daripada melakukan kemungkaran. Oleh itu, kesedaran kita memahami Hisbah amat penting untuk mengetahui kepentingannya dalam sistem dan etika pengurusan Islam dan diri sendiri. Buku ini menjelaskan tentang sistem Hisbah yang bertindak sebagai pengawasan luaran yang berasaskan kepada pengawasan dalaman yang dikenali sebagai muhasabat al-nafs. Melalui buku ini juga, didokumentasikan sejarah dan perbandingan dalam amalan semasa terutamanya dengan institusi pengawasan lain seperti al-Qada’, Wilayat Mazalim dan Niyabat al-Ammah. Semoga buku ini dapat memberi sumbangan dalam keilmuan Islam dan mempertingkatkan pengetahuan kita tentang Hisbah yang berperanan dalam mengawasi tingkah laku manusia dalam melakukan al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy an al-munkar. Insya-Allah

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 18 Oct 2010 09:52
Last Modified: 18 Oct 2010 09:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1358

Actions (login required)

View Item View Item