mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Panduan mengubati sihir dan penyakit melalui al-Quran dan doa

Al-Syeikh, Atef Abd. Al-Tawwab (2007) Panduan mengubati sihir dan penyakit melalui al-Quran dan doa. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789833827398

Full text not available from this repository.

Abstract

Sesungguhnya sihir, jin dan penyakit menimbulkan keraguan kepada manusia. Sesetengah manusia tidak percaya akan kewujudannya dan ia dikira sebagai kurafat. Di dalam al-Qur’an dan hadis ada menyebutkan mengenai sihir begitu juga dengan penyakit yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w sepertimana yang disebut dalam Hadis Al-Bukhari. Hakikatnya, jin itu wujud dan hidup sepertimana manusia, namun ia berlaku dalam keadaan yang berbeza. Jin yang jahat boleh memasuki dan mengganggu manusia serta terdapat juga yang berkhidmat dengan orang yang melakukan sihir. Mengubatinya melalui al-Qur’an terdapat dalam syariat Islam. Dalam kehidupan yang sebenar telah terbukti bahawa dengan al-Qur’an, penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan moden mampu disembuhkan dengan izin Allah. Al-Qur’an juga dapat menyembuhkan orang yang percaya serta beramal dengannya. Semasa zaman para sahabat dan tabi’in, mereka mengubati penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an. Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepada-Nya”. Ibnu Qayyim Al Jawziyah menyatakan bahawa jika al-Qur’an tidak dapat menyembuhkannya, Allah tidak akan menyembuhkannya. Setiap apa yang berlaku sememangnya telah tertulis sejak azali lagi dan Allah s.w.t telah menetapkan bila ia akan berlakud dan menjadi kewajipan ke atas manusia berusaha untuk menghindarinya dan setiap kaedah dan cara menyelesaikannya akan mendatangkan kejayaan dengan izin Allah

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 Oct 2010 04:27
Last Modified: 24 Oct 2010 04:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1381

Actions (login required)

View Item View Item