mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tasik Pedu tinggal kenangan

Ibrahim, Johan Afendi and Abdul Rank, Norhanim and Ahmad, Mohamad Zaki (2015) Tasik Pedu tinggal kenangan. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi NCER Kali Ke-2, 25 - 26 Februari 2015, Sungai Petani, Kedah, Malaysia..

[thumbnail of A1.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kehebatan pelancongan terletak kepada kemampuannya dalam menjana pendapatan dan merubah landskap sesuatu kawasan.Impak positif yang disumbangkan mendorong ramai pihak berkepentingan (stakeholder) berminat menceburkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam industri ini.Bagi memastikan pelancongan memberikan manfaat kepada semua, perancanean sesebuah kawasan perlu dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan penawaran dan permintaan pelancongan.Kegagalan merancang dengan teliti mengakibatkan pengusaha pelancongan mengalami kemgian dalam pelaburan, pembaziran dalam penggunaan sumberjaya, kerosakan terhadap alam sekitar dan sosial yang akhimyo menyumbang kepada kemerosotan destinasi pada masa dcpan.Empangan Pedu dibina pada tahun 1960an dm siap sepenuhnya pada tahun 1969.Pembinaannya bertujuan untuk menyediakan bekalan air untuk pengairan kawasan sawah padi di Negeri Kedah disamping membekalkan air mentah untuk kegunaan domestik.Kesan pembinaannya telah mewujudkan sebuab tasik buatan manusia berkeluasan 52 kilometer persegi yang terletak di Daerah Padang Terap.Perkembangan pesat pelancongan di Langkawi sejak tahun 1987 telah mendorong kerajaan negeri membangunkan beberapa kawasan sebagai destinasi pelancongan.Kerajaan Negeri Kedah merasakan pelancongan berupaya memacu perkembangan ekonomi negeri, menyumbang pendapatan kepada negeri dan penduduk, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan menyeimbangkan pembangunan fiikal antara Langkawi dan tanah besar Kedah. Pembangunan pelancongan di Tasik Pedu bermula pada awal 1990an dan dibuka secara rasmi kepada pelancong pada tahun 1995.Beberapa pusat peranginan bertaraf antarabangsa dibina untuk rnenarik kedatangan pelancong ke sini. Walau bagaimanapun, pembangunan pelancongan di Tasik Pedu tidak kekal lama dan kedatangan pelancong mula merosot pada awal tahun 2000an. Pengusaha pusat peranginan mula menanggung kerugian dan bertindak memberhentikan operasi pemiagaan secara beransuransur dari tahun 2005.Akhirya pelancongan di Tasik Pedu tems merosot dan berkubur sepenuhnya pada tahun 2010. Jangka hayat pelancongan di Tasik Pedu mampu bertahan selama 15 tahun sahaja.Kertas kerja ini membincangkan latar belakang destinasi, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan, ciri-ciri pelancong, aktiviti pelancong, kemudahan dan perkhidmatan pelancong yang ditawarkan dan evolusi perkembangan destinasi.Selain itu, perbincangan juga menyentuh isu-isu yang menyumbang kepada kemerosotan destinasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: Northern Corridor Research Centre (NCRC), Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Tasik Pedu, Kedah, pelancongan.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM
Date Deposited: 12 May 2015 03:57
Last Modified: 12 May 2015 03:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13924

Actions (login required)

View Item View Item