mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keberkesanan sistem pengurusan tatatertib kakitangan dalam memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam

Sakdan, Mohd Fo'ad and Abdullah, Siti Alida John and Mohamed, Ahmad Martadha and Ahmad, Rusniah and Khalil, Samihah and Dollah, Noor Faizzah and Muslim, Sakinah and Ismail, Nur Syakiran Akmal (2009) Keberkesanan sistem pengurusan tatatertib kakitangan dalam memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam. In: Seminar Dasar Malaysia, 6-8 Oktober 2009, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Shah Alam.

[thumbnail of k.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (7MB) | Request a copy

Abstract

Usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dalam perkhidmatan awam sentiasa diberi penekanan oleh kerajaan.Pelbagai tindakan telah dilaksanakan bagi memenuhi hasrat tersebut.Antara usaha usahanya adalah menambah baik sistem dan prosedur keja, piagam pelanggan, teknologi, serta peraturan dan undang-undang bagi menjadikan perkhidmatan awam lebih kompetitif dan responsif terhadap masyarakat. Sehubungan dengan itu,kajian ini akan cuba meneroka keberkesanan sistem pengurusan tatatertib kakitangan dalam memperkukuhkdn integriti perkhidmatan awam mengikut perspektf kakitangan awam sendiri. Walaupun statistik pada tahun 2007 menunjukkan penurunan dari segi pegawai yang dikenakan tindakan taatertib, namun tahap kesalahan tatatertib perlu dikawal bagi memperkasa dan memartabatkan lagi perkhidmatan warn di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif bagi mengumpulkan maklumat berkaitan isu yarrg ingin diterokai.Teknik tinjauan telah digunakan di mana lebih 1,000 responden dari pelbagai peringkat jabatan telah mengisi borang soal selidik yang dikirim secara pos ke jabatan masing-masing, Hasil kajian, menunjukkan majoriti daripada respondan bersetuju bahawa proses dan prosedur tindakan tatatertib mengambil masa yang panjang.Kedua, kurang separu daripada responden menyatakan terdapat keitidakseragaman amalan dalam pelaksanaan pengururan tatatertib.Sebagai contoh, terdapat kes-kes di mana agensi-agesi kerajaan terutama Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengguna pakai prosedur JPA. Ketiga, sebilangan kecil responden bersetuju bahawa hukuman yang dijalankan ke atas kakitangan yang melanggar peraturan adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.Di samping itu, terdapat juga sebilangan responden menyatakan bahawa terdapat kes-kes di mana hukuman yang dijatuhkan adalah berbeza walaupun kesalahan yang dilakukan adalah serupa atau hampir sama. Keempat, majoriti daripada responden mengakui terdapat kes-kes yang tersilap prosedur sehingga mengakibatkan kes-kes tersebut dibawa ke mahkamah. Akhirnya, majoriti responden mengakui tahap kerahsiaan proses tatatertib adalah diragui. Berdasarkan hasil kajian, pengkaji telah mencadangkan beberapa strategi penambahbaikan terutama dari aspek peraturan dan tatacara tatatertib serta penguruson dun pentadbiran bagi memantapkan lagi keberkesanan sistem pengurusan tatatertib kakitangan dalam memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-305-415-2 (Jil II) Anjuran: Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sabah
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Siti Alida John Abdullah
Date Deposited: 12 May 2015 05:00
Last Modified: 12 May 2015 05:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13938

Actions (login required)

View Item View Item