UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Tawaran awam permulaan : Tinjauan prestasi sepanjang dekad


Zainudin, Nasruddin and Engku Chik, Engku Ngah (2000) Tawaran awam permulaan : Tinjauan prestasi sepanjang dekad. In: Lanskap kewangan 2000. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu , pp. 107-122. ISBN 9832188490

[img] PDF
Download (429kB)

Abstract

Artikel ini meninjau prestasi tawaran awam permulaan (IPO) di BSKL sepanjang dekad terakhir abad ke-20. Tawaran awam permulaan adalah tawaran untuk melanggan terbitan sekuriti bam buat kali pertama oleh sesebuah syarikat kepada pelabur awam melalui penanggungjaminan atau mmah pe,nerbitan. Tawaran awam permulaan ialah salah satu cara syarikat meraih modal yang diperlukan sama ada untuk membiayai projek pelaburan, menambahkan modal kerja atau membayar balik hutang. Dekad 1990-an telah menyaksikan peningkatan tawaran awam permulaan dari tahun ke tahun dari segi bilangan dan juga jumlah dana yang dikumpulkan. Sebelum krisis kewangan, premium tawaran awam permulaan yang tinggi dan lebihan langganan menjadi fenomena yang lumrah. Bagaimanapun, selepas knsis melanda, premium terbitan bam mula mengecil, banyak terbitan bam diniagakan pada harga diskaun, dan bilangan tawaran awam permulaan juga telah merosot. Antara alasan yang mungkin menyebabkan pengurangan tawaran awam permulaan di BSKL ialah prestasi kurang menggalakkan dan sentimen kurang bermaya di pasaran, harga pembukaan yang tidak menggalakkan, kekurangan modal untuk melanggan terbitan baru, dan kebimbangan pelabur asing terhadap bursa saham tempatan.Daripada pemerhatian dan kajian yang pernah dijalankan, prestasi tawaran awam permulaan didapati bersandar kepada prestasi ekonomi semasa. Bilangan tawaran awarn permulaan sepanjang dekad 1990-an meningkat seiring dengan prestasi ekonomi negara dan merosot apabila negara dilanda kegawatan ekonomi. Selain daripada bilangan syarikat dan jumlah dana yang dikumpulkan, premium dan lebihan langganan saham baru juga turut menunjukkan arah aliran yang sama.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Oct 2010 06:23
Last Modified: 25 Oct 2010 06:23
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1396

Actions (login required)

View Item View Item