mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Taman Negeri Pulau Sembilan: Destinasi pelancongan baharu di Negeri Perak

Ibrahim, Johan Afendi and Ainuddin, Illia (2014) Taman Negeri Pulau Sembilan: Destinasi pelancongan baharu di Negeri Perak. In: Seminar Penyelidikan Kelestarian 2014, 10-13 Oct 2014, Langkawi, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of F.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

Pelancongan minat tertentu (special interest tourism) merubah konsep pelancongan yang diminati ramai pada masa kini.Perkembangan pelancongan yang berteraskan alam semulajadi (nature-based tourism) yang begitu memberangsangkan menyebabkan kerajaan memberikan perhatian serius seperti penggubalan dasar yang mesra pelancongan, melipatgandakan usaha pemasaran dan promosi, penyediam kemudahan dan perkhidmatan selain menubuhkm banyak kawasan yang dilindungi seperti taman negara, taman negeri, taman laut dan 'biosphere reserve'.Pelancongan dilihat sebagai pemangkin dalam menjana pendapatan dan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai Kepentingan memelihara alam semulajadi.Bagi memastikan pelancongan memberikan manfaat kepada semua, perancangan sesebuah kawasan perlu dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pelbagai aspek berkaitan penawaran dan permintaan pelancongan Kegagalan merancang dengan teliti mengakibatkan ramai pihak mengalami kerugian dalam pelaburan, kerosakan terhadap sumberjaya yang akhirnya menyumbang kepada kemerosotan destinasi dalam jangka masa panjang.Pulau Sembilan merupakan gugusan sembilan buah pulau yang terletak di Selat Melaka yang terdiri daripada Pulau Buluh, Pulau Lalang, Pulau Saga.Pulau Rumbia, Pulau Nipis, Pulau Payong, Pulau Batu Putih, Pulau Batu Hitam dan Pulau Agar.Pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan merupakan syurga kepada kaki pancing.Keindahan pulau, kejernihan air laut dan tiada pencemaran marupakan aset utama pulau ini. Pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Perak telah menggazetkan gugusan Pulau Sembilan sebagai taman negeri dan berpotensi dibangunkankan sebagai produk pelancongan baharu di Negeri Perak khususnya dan Malaysia amnya.Kertas kerja ini membincagkan latar belakang destinasi, dasar dan projek yang dilaksanakan kerajaan, ciri-ciri pelancong aktiviti pelancong, kemudahan dan perkhidmatan pelancong yang ditawarkan.Selain itu, perbincangan juga menyentuh potensi dan cabaran kepada kelestarian destinasi pada masa depan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-5227-66-0 Organized by: LESTARI UKM.
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: DR. JOHAN AFENDI IBRAHIM
Date Deposited: 12 May 2015 07:02
Last Modified: 12 May 2015 07:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13963

Actions (login required)

View Item View Item