mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Membanding kesan penggunaan kaedah peta konsep dan kaedah konvensional dalam pengajaran cerpen KOMSAS tingkatan satu

Madhawa Nair, Subadrah and Kaur, Rakbir (2014) Membanding kesan penggunaan kaedah peta konsep dan kaedah konvensional dalam pengajaran cerpen KOMSAS tingkatan satu. In: Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Kali Ke-3 2014, 25-27 November 2014, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

[thumbnail of G.PDF] PDF
Restricted to Registered users only

Download (11MB) | Request a copy

Abstract

Pembelajaran KOMSAS bertujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam bahasa Melayu namun banyak kajian memaparkan murid menghadapi masalah dalam pembelajaran KOMSAS dan guru juga kurang yakin dalam memilih kaedah yang sesuai untuk mengajar KOMSAS.Kertas kerja ini berasaskan kajian kuasai eksperimen yang membanding kesan penggunaan kaedah peta konsep dan kaedah konvensional dalam pembelajaran cerpen KOMSAS Tingkatan Satu.Kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan kaedah peta konsep dan kumpulan kawalan pula diajar dengan menggunakan kaedah konvensional.Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sama ada penggunaaan kaedah peta konsep dapat membantu meningkatkan pencapaian pemahaman cerpen murid kumpulan eksperimen berbanding dengan murid kumpulan kawalan.Selain itu pengkaji juga memastikan sama ada terdapat peningkatan yang signifikan dalam minat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan terhadap pembelajaran cerpen selepas pengajaran selama enam minggu.Sampel kajian terdiri daripada 72 orang murid tingkatan Satu daripada dua buah sekolah menengah di daerah Kulim, Kedah, Darul Aman.Ujian-t (independent samples t- test) digunakan untuk menganalisis data.Dapatan kajian memperlihatkan penggunaan kaedah peta konsep mampu meningkatkan pencapaian murid kumpulan eksperimen bagi soalan tersurat, soalan tentang tema, soalan tentang persoalan,soalan tentang perwatakan dan soalan latar masyarakat.Dapatan kajian ini juga menunjukkan minat murid kumpulan ekserimen terhadap pembelajaran cerpen meningkat secara signifikan berbanding dengan minat kumpulan kawalan.Kertas kerja ini juga memberi panduan kepada guru tentang cara melakar peta konsep dan cara merancang pengajaran cerpen dengan menggunakan peta konsep.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran: Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dengan Kerjasama: Dewan Bahasa dan Pustaka
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: PM Dr. Subadrah a/p Madhawa Nair
Date Deposited: 12 May 2015 07:17
Last Modified: 19 May 2016 04:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13964

Actions (login required)

View Item View Item