mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gelagat kepatuhan pembayaran zakat pendapatan : Kajian kes UUM

Sanusi, Nur Azura and Abd. Wahab, Norazlina and Mohammad Bahar, Nor Fadzlin (2005) Gelagat kepatuhan pembayaran zakat pendapatan : Kajian kes UUM. In: Pengukuhan dan transformasi ekonomi & kewangan Islam prosiding Seminar Ekonomi dan Kewangan Islam, 29 - 30 Ogos 2005 ESSET Bangi. Jabatan Ekonomi Awam & Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 275-287. ISBN 983215586X

[thumbnail of Norazlina,_Nor_Fadzlin_&_Nur_Azura[1].pdf] PDF
Download (441kB)

Abstract

Berdasarkan kepada asas zakat dikenakan ke atas harta yang berkembang, maka berlaku perluasan kewajipan ruang berzakat kepada harta-harta berkembang yang lain selain daripada lima jenis harta yang diamalkan oleh Rasulullah saw. Rentetan dari itu kebanyakan negeri telah mewartakan zakat pendapatan sebagai zakat yang wajib dikeluarkan oleh individu Islam. Lebih menarik lagi, bukan sahaja jumlah kutipan bagi negeri malahan jumlah kutipan zakat pendapatan di daerah-daerah kecil juga mencatatkan peningkatan. Sebagai contoh, kutipan zakat pendapatan di daerah Kubang Pasu telah meningkat dari RM35,450.41 pada tahun 1990 kepada RM1,760,925.40 pada tahun 2003 iaitu berlaku peningkatan sebanyak 48.67 kali ganda berbanding tahun 1990. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM918,478 merupakan kutipan zakat pendapatan daripada kakitangan UUM melalui skim potongan gaji. Namun sehingga April 2004 peratus kakitangan UUM yang membayar zakat pendapatan melalui skim potongan gaji hanyalah sekitar 28.57 peratus sahaja. Adakah selebihnya tidak mengeluarkan zakat pendapatan? Atau mungkinkah mereka menyalurkan zakat tersebut terus kepada asnaf tertentu? Bertitik tolak dari persoalan ini, maka adalah suatu yang menarik untuk mengkaji gelagat individu (kakitangan UUM) mengeluarkan zakat pendapatan. Dengan menggunakan teknik penganggaran maximum likelihood dalam pengujian hipotesis berarah, beberapa pembolehubah bebas telah dikenalpasti sebagai faktor yang signifkan mempengaruhi gelagat individu mengeluarkan zakat.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 Oct 2010 02:17
Last Modified: 24 Oct 2010 02:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1404

Actions (login required)

View Item View Item