UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan di antara keintiman verbal, afektif & sosial dengan penggunaan Instant Messaging


Abdul Hamid, Zauridah (2007) Hubungan di antara keintiman verbal, afektif & sosial dengan penggunaan Instant Messaging. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (256kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan keintiman verbal, afektif dan sosial dengan penggunaan Instant Messaging.Kajian yang dijalankan ini menggunakan persampelan mudah dan persampelan bertujuan. Gabungan persampelan mudah dan persampelan bertujuan ini akan mengambil mana-mana responden yang boleh dicapai dengan berdasarkan ciri tertentu sahaja yang bersesuaian dengan fokus kajian.Dalam kajian ini seramai 261 orang responden telah memberikan kerjasama dengan menjawab soal selidik ini.Hasil kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan dari segi kekerapan penggunaan Instant Messaging antara jantina.Melalui ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara kekerapan penggunaan IM dengan keintiman verbal, afektif dan sosial mendapati wujud perkaitan yang signifikan dan mempunyai hubungan yang positif.Manakala ujian T yang dijalankan untuk melihat samada keintiman verbal, afektif dan sosial menerusi penggunaan IM berbeza antara pelajar lelaki dan perempuan mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan. Ini menunjukkan keintiman verbal, afektif dan sosial yang wujud menerusi hubungan melalui IM antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: KOD S/O: 11669
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Zauridah Abdul Hamid
Date Deposited: 17 May 2015 00:44
Last Modified: 17 May 2015 00:44
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14077

Actions (login required)

View Item View Item