mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis jurang: Pembentukan konsepsual model kepuasan pelajar di kolej penginapan bagi mengukur prestasi pengajian tinggi Malaysia

Taib, Che Azlan and Mat Isa, Siti Hajar (2014) Analisis jurang: Pembentukan konsepsual model kepuasan pelajar di kolej penginapan bagi mengukur prestasi pengajian tinggi Malaysia. In: Seminar on Islamic Quality Management (i-QAM 2014), 8-9 December 2014, The Everly Hotel, Putrajaya. (Unpublished)

[thumbnail of Azl.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (697kB) | Request a copy

Abstract

Kajian empirikal ini bertujuan mengkaji dan membentuk konstruk tambahan yang boleh digunapakai bagi menambahbaik model pengukuran pencapaian prestasi Inatitusi Pengajian Tinggi (IPT).Kajian-kajian mengenai pencapaian IPT telah banyak dijalanklan dan pelbagai model telah dikeluarkan, namun masih terdapat jurang-jurang yang boleh ditambahbahbaik, khususnya dengan mengambilkira perkhidmatan sokongan di IPT.Bagi tujuan tersebut satu kajian emprikal telah dijalankan di Kolej Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank, Universiti Utara Malaysia (UUM).Seramai 300 responden telah terlibat bagi menjawab soal selidik yang merangkumi 51 soalan daripada 5 dimensi berbeza. Mereka terdiri daripada lelaki dan perempuan;, Melayu, Cina dan India; pelajar dari semester 1 hingga semester akhir dan terdiri dari pelbagai program pengajian. Ujian kobolehpercayaan telah dilakukan bagi mengesahkan instrumen tersebut berdasarkan kepada 3 kriteria utama iaitu nilai Coefficient Alpha (CA), Corrected Item-Total Correlation (CITC) dan Alpha If Item Deleted (AIID). Dapatan kajian menunjukkan bagi dimensi kepentingan perkhidmatan, skor alpha adalah .820, bagi kemudahan kolej adalah .902, persekitaran kolej adalah .900, perkhidmatan sokongan adalah .882, lain-lain perkhidmatan adalah .912, dan gabungan 4 dimensi iaitu kemudahan, persekitaran, perkhidmatan sokongan dan lain-lain adalah 0.879. Manakala nilai alha bagi 5 dimensi keseluruhan pula adalah 0.920. Semua konstruk adalah mematuhi 3 kriteria yang ditetapkan iaitu CA, CITC dan AIID. Rumusannya, berdasarkan instrumen yang dibentuk dan diuji, dimensi-dimensi tersebut sesuai dimasukkan dalam konstruk pencapaian prestasi IPT samada ada sebagai dimensi pembolehubah penyederhana, moderator ataupun pembolehubah bebas.Walaubagaimanapun bagi memastikan kesahannya lebih kuat, kajian peringkat seterusnya dengan melibatkan lebih ramai responden daripada beberapa IPTA elok dilakukan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran: Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) Universiti Utara Malaysia (UUM)
Uncontrolled Keywords: Kepuasan Pelajar, Pencapaian Organisasi,Instituti Pengajian Tinggi, Kualiti Perkhidmatan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Assoc.Dr. Che Azlan Taib
Date Deposited: 17 May 2015 04:36
Last Modified: 18 Apr 2016 07:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14135

Actions (login required)

View Item View Item