Raman, Arumugam and Veloo, Arsaythamby (2013) Kompetensi lisan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)
PDF
Restricted to Registered users only Download (669kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kempetansi Lisan Guru Bahasa Melayu di sekolah – sekolah jenis kebangsaan Tamil daerah Kulim Bandar bahru dan Daerah Kuala Muda Yan.Selain itu kajian ini juga mengenal pasti hubungan antara tahap kepuasan dan tahap kompetansi lisan guru. \Objektif kajan ini ialah i) mengukur tahap kompetensi bahasa Melayu guru-guru SJK Tamil yang sedang mengajar Bahasa Melayu; ii) Untuk menentukan aspek-aspek (kelancaran, pemahaman, tatabahasa, sebutan, perbendaharaan kata) kompetansi lisan yang diperlukan oleh guru-guru sekolah Tamil di Malaysia dan iii) Untuk mencari hubungan antara tahap puas hati dengan Tahap Kompetensi Lisan Bahasa Melayu di Sekolah-sekolah Tamil.Jumlah sekolah Tamil di kawasan kajian ialah 40 buah. Seramai 143 orang guru mengajar Bahasa Melayu di SJKT Daerah Kuala Muda/Yan dan Kulim Bandar Baru. Hanya 85 orang guru dipilih secara rawak untuk menjalankan kajian disebabkan masa dan kos yang terlibat adalah tinggi. Kajian ini berbentuk “ Mixed-Mode” iaitu kuantitarif dan kualitatif.Kuantitati melibatkan pengukuran tahap kompetensi lisan guru-guru Bahasa Tamil dengan menggunakan borang Stanford Foreign Language Oral Skills Evaluation Matrix atau secara ringaskannya FLOSEM. Bahagian Kualitatif pula melibatkan soalan Soal selidik dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di kawasan kajian menunjukkan majoriti guru siswazah dan bukan siswazah memiliki Tahap kompetensi Bahasa Melayu pertengahan rendah. Dari sudut tahap komunikasi kebanyakkan guru memahami kesemua isi dan maklumat.Mereka menggunakan bahasa yang mudah untuk mengekspres ide-ide.Secara relative kebanyakkan guru-guru boleh menghasilkan bunyi dan pembinaan ayat kompleks.Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompentensi lisan bahasa Melayu gur di SJKT dengan kualiti pengajaran, r(83) =.03, p=.75; persekitaran sekolah, r(83)=.15, p=.17. Akhirnya pengkaji mencadangkan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah Tahap Kompetensi Lisan guru-guru Bahasa Melayu yang rendah di SJKT.
Item Type: | Monograph (Project Report) |
---|---|
Additional Information: | Kod S/O: 12291 |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Dr. Arumugam Raman |
Date Deposited: | 28 May 2015 07:39 |
Last Modified: | 28 May 2015 07:39 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14367 |
Actions (login required)
View Item |