mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian persepsi pelajar terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di UUM

Aziz, Nazrina and Yatim, Bidin and Ismail, Suzilah and Yusof, Norhafezah and Awang Hashim, Rosna and Khadri, Norhana Shaibatul (2012) Kajian persepsi pelajar terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di UUM. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of Kaj.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Adalah menjadi cabaran kepada pihak berkepentingan di Universiti untuk menawarkan servis yang terbaik kepada warganya, khususnya pelajar.Bagaimanapun, kajian komprehensif tentang kualiti perkhidmatan di Universiti di Malaysia masih belum memuaskan. Justeru, kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif.Pendekatan kualitatif diguna bagi mendapat maklum balas daripada pelajar dan pakar sebagai input pembentukan instrumen kualiti perkhidmatan di UUM. Kaedah pensampelan rawak berstrata diguna bagi memilih seramai 1851 responden yang seterusnya dijadikan input pembinaan yang memberikan indeks kepuasan pelanggan (customer satisfaction index (CSI) ) terhadap servis yang ditawarkan oleh Universiti.Daripada 123 item yang dikaji, 17 perkhidmatan telah terbentuk menerusi analisis reliability dengan nilai Cronbach’s Alpha melebihi daripada 0.8.Tahap kualiti perkhidmatan di universiti secara amnya adalah memuaskan dengan keseluruhan index ialah CSI 4.94.Dapatan kajian juga telah mengenalpasti 4 isu utama yang yang perlu diberi penambahbaikan agar memenuhi keperluan pelajar.Isu tersebut ialah 1) perkhidmatan bas, 2) pelekat kenderaan pelajar, 3) kemudahan wireless dan internet, 4) sikap staf pentadbiran dan sokongan.Kepentingan dapatan ini termasuk: menyumbang kepada pembentukan instrumen kualiti perkhidmatan, pembentukan indeks perkhimatan universiti dan pengetahuan mengenai cara pengunaan indeks perkhidmatan secara teori dan praktikal.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: Kod S/O: 11985
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Nazrina Aziz
Date Deposited: 10 Jun 2015 12:21
Last Modified: 10 Jun 2015 12:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14395

Actions (login required)

View Item View Item