UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Penilaian Program ICT IPTA: Keberkesanan dan kerelevanan dari aspek permintaan dan penawaran


Ku-Mahamud, Ku Ruhana and Aziz, Nazrina (2014) Penilaian Program ICT IPTA: Keberkesanan dan kerelevanan dari aspek permintaan dan penawaran. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kebolehdapatan kerja graduan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) berkait rapat dengan program yang telah diambil di Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Peratusan graduan ICT yang berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian adalah 74% dan tahap ini belum mencapai tahap yang dikehendaki oleh kerajaan iaitu 75%.Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk mengkaji kerelevanan dan keberkesanan program ICT yang ditawarkan di IPTA dalam tempoh lima (5) tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2012.Antara perkara yang dikaji adalah i) tren penawaran program dan tren permohonan, ii) kebolehdapatan kerja graduan, dan iii) program yang perlu penelitian semula.Kajian ini melibatkan data populasi daripada 18 IPTA yang merangkumi maklumat tentang permohonan dan penawaran program serta status graduan selepas tamat pengajian. Sumber data adalah dari Unit Pengambilan Universiti dan IPTA dan kaedah kuantitatif telah digunakan untuk menganalisa data.Dapatan kajian menunjukkan jumlah penawaran program ICT di peringkat diploma adalah konsisten manakala jumlah permohonan semakin meningkat.Jumlah penawaran program di peringkat sarjana muda pula semakin meningkat tetapi jumlah permohonan semakin menurun.Peratus kebolehdapatan kerja graduan ICT di peringkat diploma adalah lebih tinggi berbanding dengan di peringkat sarjana muda. Kebanyakkan program yang ditawarkan oleh IPTA mempunyai peratus kebolehdapatan kerja yang lebih rendah dari tahap yang dikehendaki Kerajaan. Terdapat juga sebilangan program yang tidak popular dan tidak relevan yang perlu diberi perhatian oleh IPTA yang terlibat.Dapatan kajian juga menunjukkan, bilangan program yang mana graduannya memerlukan kursus kemahiran tambahan juga semakin bertambah dalam tempoh lima (5) tahun tersebut.Hasil daripada kajian ini akan dapat membantu IPTA dalam membuat penawaran program yang relevan serta menghasilkan graduan yang berupaya memperoleh pekerjaan dan secara tidak langsung meningkatkan peratus kebolehdapatan kerja Negara.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Kod S/O:12784
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Computing
Depositing User: Prof. Dr. Ku Ruhana Ku Mahamud
Date Deposited: 10 Jun 2015 12:29
Last Modified: 19 May 2016 02:28
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14400

Actions (login required)

View Item View Item