UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Urbanisasi perancangan dan kawalan


Salleh, Dani (2007) Urbanisasi perancangan dan kawalan. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 983328213X

Full text not available from this repository.

Abstract

Sistem perancangan bandar digubal dengan matlamat untuk mengadakan pembangunan yang melibatkan kepentingan awam. Kebanyakan bandar berfungsi sebagai pusat pengagihan keperluan ekonomi dan sebagai pusat tarikan (migrasi) penduduk yang berterusan. Justeru, pendekatan perancangan perlulah mengambil kira keperluan seperti kemudahan kediaman, peluang pekerjaan, infrastruktur, rekreasi di samping berupaya mengekalkan keadaan alam sekitar. Untuk mempertingkatkan tahap perancangan dan aspek pengurusan bandar adalah penting untuk mengetahui fungsi perancangan dan pengurusan bandar ditakrifkan dengan berkesan dan terperinci dalam suatu sistem bagi memastikan amalan perancangan, penggubalan dasar dan pengurusan bandar menjadi lebih efektif dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi komuniti setempat. Pertambahan pesat penduduk bandar berupaya memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan dalam penyediaan input perbandaran di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasanya. Aktiviti perbandaran yang dirancang, diuruskan dan dikawal dengan cekap dan efektif, menyediakan suatu keadaan proses perbandaran yang seragam dan sistematik dalam kerangka keupayaan ekonomi. Senario memerlukan pemakaian suatu pendekatan perancangan fizikal yang terancang dan sistematik. Di negara ini pendekatan ini dilakukan melalui penyediaan rancangan pembangunan seperti mana yang diperuntukkan oleh Akta 172, Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976. Oleh itu, Rancangan Tempatan (RT) memainkan peranan yang penting di dalam menterjemahkan segala garis panduan yang terkandung dalam DPN dengan memberikan dimensi reruang di peringkat pelaksanaan. Sehubungan dengan ini, perbincangan buku ini telah dirangka agar pembaca dapat memahami sistem perancangan dan kawalan dalam pendekatan yang mudah. Penggunaan contoh pengurusan pembangunan di peringkat perancangan dan kawalan pembangunan dijelaskan dengan menggunakan contoh kajian kes amalan pihak berkuasa tempatan tertentu.

Item Type: Book
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 Nov 2010 01:41
Last Modified: 04 Nov 2010 01:41
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/1443

Actions (login required)

View Item View Item