mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sistem beraja di Brunei Darussalam: Satu tinjauan dari perspektif politik Islam

Rauh, Abdol (2014) Sistem beraja di Brunei Darussalam: Satu tinjauan dari perspektif politik Islam. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (811kB)

Abstract

Sekitar pertengahan abad ke 14M Negara Brunei mengalami perubahan dalam senario politik Negara apabila Awang Alak Betatar pemerintah Brunei telah memeluk Islam pada tahun 1371M dengan menggunakan nama Sultan Muhammad. Salasilah Raja-Raja Brunei menyatakan Maka adalah yang awal2 menjadi raja didalam negeri Berunai iaitu Awang Alak Betatar dijadikan Sultan Muhammad, ialah yang awal2 membawa agama Islam mengikut shari’at nabi kita Muhammad S.A.W. Kenapa dan mengapa raja Brunei memilih sistem kesultanan bagi Negara Brunei apabila ia memeluk agama Islam. Mengapa pula baginda tidak digelar sebagai khalifah iaitu sistem berpolitik dan bernegara sebagaimana yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah S.A.W apabila para sahabat menyegerakan perlantikan khalifah atau pengganti Rasulullah sebelum jenazah baginda S.A.W. disemadikan sebagai bukti betapa pentingnya mendirikan sebuah pemerintahan.Oleh kerana perlantikan khalifah ini diterima secara ijma’ maka ia menjadi hujah bahawa perlantikan seorang pemimpin adalah wajib.Tambahan pula terdapat perintah dalam al-Quran dan Hadith supaya mentaati pemimpin.Bagaimana mungkin berlaku ketaatan kepada pemimpin sekiranya tiada pemimpin dilantik. Dalam surah al-Nisa’ ayat 59 membawa maksud: Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin (uli alamr) daripada kalangan kamu. Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang mentaatiku sesungguhnya dia mentaati Allah dan sesiapa mengingkariku maka sesungguhnya dia mengingkari Allah, dan sesiapa mentaati pemimpin sesungguhnya dia mentaatiku.Khalifah ialah jawatan tertinggi dalam kepimpinan sebuah Negara Islam. Al-Mawardi mendefinisikan khalifah sebagai pengganti Nabi dalam urusan agama dan dunia. Seorang khalifah bertanggungjawab dalam kedua-dua aspek iaitu agama dan politik.Dia menjadi imam sembahyang, panglima tentera, ketua pentadbir dan ketua hakim. Secara keseluruhannya seorang khalifah ialah ketua Negara yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang luas tetapi sebahagian daripada kuasanya boleh diserahkan kepada orang lain.Bukan sahaja Negara Brunei tidak memakai gelaran khalifah sehingga pada zaman keagongannya malah kesemua negeri di kepulauan Melayu juga tidak mengaplikasikan penggunaannya.Ini pastinya disebabkan wujudnya konsep kesatuan khilafah. Para fuqaha bersepakat mengenai wajibnya kesatuan khalifah sepertimana mereka bersetuju mengenai wajibnya khilafah ini. Kesatuan khalifah bererti bahawa tiada dibenarkan dua orang pemimpin pada satu-satu masa bagi mentadbir urusan orang-orang Islam.Ini berdasarkan kepada tiada terdapat peristiwa duluan dalam sejarah khalifah yang panjang kecuali ketika dunia Islam berada di bawah pemerintahan khalifah yang lemah namun ia kembali semula mengamalkan perinsip kesatuan khilafah apabila keadaan politik kembali stabil.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-77-9 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 17 Jun 2015 08:53
Last Modified: 24 May 2016 06:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14517

Actions (login required)

View Item View Item