mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Abang Yusuf Puteh, 1935-2009: Nasionalis Sarawak era pasca kolonial

Awg Kitot, Awg Kasmurie and Mohd Noor, Arba’iyah (2014) Abang Yusuf Puteh, 1935-2009: Nasionalis Sarawak era pasca kolonial. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 6.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (692kB) | Request a copy

Abstract

Sarawak telah mencapai kemerdekaan daripada Kolonial British melalui Pembentukan Malaysia. Selepas peristiwa berdarah dengan pembunuhan Duncan Steward oleh pejuang anti penyerahan (anti-Cession) iaitu Rosli Dhobi, 1949 dan sebelum Sarawak memperoleh kebebasan sepenuhnya bersama-sama dalam pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pelbagai masalah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu yang masih berpecah ketika itu.Perpecahan masyarakat Melayu Sarawak terserlah apabila terdapat dua puak iaitu puak yang menyokong penyerahan Sarawak dan puak yang menentang penyerahan yang dikenali sebagai anti penyerahan.Kesan daripada keadaan tersebut membawa kepada pelbagai tindakan yang diambil oleh golongan Melayu terutamanya golongan perabangan ketika itu yang memainkan peranan utama dalam menyatukan masyarakat Melayu di Sarawak.Antara pemimpin Melayu Perabangan Sarawakyang memainkan peranan penting kepada nasib orang Melayu ialahAbang Yusuf Puteh.Justeru, kertas kerja ini akan menjelaskan tentang ketokohan Abang Yusuf Puteh, seorang pejuang Melayu yang kurang ditonjolkan lantaran perjuangannya yang penting muncul pada era pasca kolonial. Kebitaraan Abang Yusuf Puteh dalam perjuangan masyarakat Melayu Sarawak lebih terserlah selepas Sarawak wujud dalam pembentukan Malaysia. Di samping itu, akan turut dibincangkan mengenai perjuangan beliau dalam mempertahankan budaya masyarakat Melayu di Sarawak. Perjuangan beliau bukan bersifat penentangan terus terhadap penjajah tetapi lebih bersifat sederhana sebagai nasionalis pasca kolonial.Perjuangan ini dapat dilihat melalui pemikiran yang sering dipaparkan menerusi tulisan-tulisan beliau dari pelbagai aspek kehidupan masyarakat Sarawak.Terutamanya perjuangan beliau dalam membangunkan kesedaran orang-orang Melayu Sarawak dari segi pendidikan sebagai salah satu aspek terpenting dalam menghapuskan kemiskinan masyarakatMelayu di Sarawak.Oleh yang demikian,kertas kerja ini akan memaparkan tentang ketokohan Abang Yusuf Puteh dan merungkai pemikirannya pada era pasca kolonial.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Abang Yusuf Puteh, orang Melayu, Penyatuan, nasionalis, pendidikan
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 17 Jun 2015 08:47
Last Modified: 28 Apr 2016 03:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14522

Actions (login required)

View Item View Item