mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kritikan Abdullah Munsyi terhadap sosioekonomi penduduk Terengganu melalui autobiografi “Hikayat Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Kelantan”

Aziz, Hamdan (2014) Kritikan Abdullah Munsyi terhadap sosioekonomi penduduk Terengganu melalui autobiografi “Hikayat Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Kelantan”. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 13.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (533kB) | Request a copy

Abstract

Kajian terhadap manuskrip travelog Abdullah Munsyi yang bertajuk “Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir Munsyi Dari Singapura Sampai ke Kelantan” memuatkan beberapa kritikan terutama terhadap stratifikasi masyarakat khususnya di Terengganu pada abad ke 19M. Dengan menggunakan pendekatan sejarah, kertas kerja ini berusaha menyelongkar apa yang tersurat dan tersirat melalui catatan autobiografi Abdullah Munsyi sepanjang berada di Terengganu.Pokok persoalan ialah berhubung stratifikasi sosial masyarakat yang diketuai oleh raja, di dokong oleh pembesar, rakyat dan hamba. Abdullah memulakan kritikan sewaktu pendaratan pertama di Pulau Kapas.Dari situ, beliau membuat kritikan pertama terhadap Yang di-Pertuan Terengganu mengenai beberapa adat yang disifatkan sebagai menindas rakyat. Kedudukan para pembesar yang mengambil kesempatan terhadap orang ramai serta keadaan penduduk yang digambarkan sangat daif digambarkan melalui kegiatan pekerjaan dan penempatan penduduk. Status ekonomi penduduk pula digambarkan melalui kegiatan jual beli di pasar Kg. Laut yang padanya adalah tidak munasabah seperti dijual seekor kambing dengan hanya 1 Ringgit seekor.Keberadaan penduduk dalam dimensi beragama, berpolitik dan berkerajaan, ekonomi serta keterlibatan lain turut dicatatkan Abdullah. Beberapa keistimewaan yang dimiliki penduduk dalam pendidikan Islam seperti kebolehan membaca AlQuran, tulisan jawi, kerjasama serta hubungan kaum, umumnya mengundang kritikan Abdullah sama ada berbentuk positif atau negatif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Abdullah Munsyi, sosioekonomi, pembesar, rakyat dan hamba.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Jun 2015 07:29
Last Modified: 28 Apr 2016 03:26
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14529

Actions (login required)

View Item View Item