mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perantau yang diterima: Diaspora Aceh ke Kedah dari aspek historikal

Hasan, Haslinda (2014) Perantau yang diterima: Diaspora Aceh ke Kedah dari aspek historikal. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 14.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (741kB) | Request a copy

Abstract

Pengkajian mengenai hubungan historikal Kedah-Aceh menjelaskan mengenai sesuatu komuniti itu muncul dan berkembang menurut perspektif masing-masing.Migrasi atau perantau dari Aceh sudah lama muncul dan menetap di negeri Kedah Darul Aman. Komuniti Aceh terutama di Yan, Kedah adalah paling lengkap dari segi jati diri dan identiti akar budaya asal serta memberi sumbangan dalam politik, ekonomi dan sosial termasuklah pelbagai aspek kehidupan.Terdapat dua gelombang penghijrahan iaitu sebelum kedatangan penjajah dan selepas kedatangannya terutama dari Belanda yang membawa kepada penghijrahan secara besar-besaran ke sini.Sultan Kedah sendiri tidak menyekat kehadiran perantau Aceh ke Kedah malah menggalakkan mereka untuk bersama-sama mengembangkan syiar Islam dan pembangunan negeri.Agama menjadi pemangkin semangat patriotik dan solidariti yang tinggi untuk mengusir golongan penjajah barat selanjutnya telah berjaya memperkukuhkan ikatan perhubungan dua negeri yang sedia ada.Hidup bersama tanpa prejudis dan berkongsi suka duka membawa kesejahteraan walapun latarbelakang yang berbeza namun darah Melayu menguatkan hubungan perpaduan yang sedia terjalin.Impaknya migrasi Aceh berjaya merubah kehidupan mereka dari yang susah kepada kesenangan apabila tinggal dan menetap di negara yang makmur dan aman seperti Kedah.Kedah bumi bertuah menjadi syurga kepada sebilangan besar migrasi dari Indonesia amnya dan Aceh khasnya dari dahulu hingga kini.Hasilnya mereka dapat memiliki kekayaan dan kesejahteraan hidup dalam aspek sosio ekonomi dan politik tanpa had.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Migrasi,historikal, Kedah, Aceh dan aman.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mdm. Haslinda Hasan
Date Deposited: 21 Jun 2015 07:32
Last Modified: 06 Dec 2016 06:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14530

Actions (login required)

View Item View Item