mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Teknologi dalam pengurusan air di Selangor 1974-1941

Baharudin, Mohamad Badrul Adzham and Mohd Rus, Ahmad Kamal Ariffin (2014) Teknologi dalam pengurusan air di Selangor 1974-1941. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 28.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (503kB) | Request a copy

Abstract

Kertas ini membincangkan teknologi pembekalan air di Selangor selepas campurtangan British pada tahun 1874.Teknologi pembekalan air bukan sahaja bermaksud penggunaan mesin dalam proses pembekalan air, tetapi turut melibatkan ilmu pengetahuan iaitu kaedah saintifik bagi memastikan bekalan air yang disalurkan selamat untuk diguna.Selangor merupakan antara negeri di Tanah Melayu yang berkembang pesat daripada aspek ekonomi dan pembangunannya.Perkembangan ekonomi yang pesat ini telah menyebabkan pertambahan jumlah penduduk di Selangor seterusnya menyebabkan perkembangan penempatan di negeri ini.Hal ini sudah tentunya memerlukan bekalan sumber air bersih yang banyak dan ianya perlu diurus dengan bijak.Persoalan pokok yang akan dianalisis dalam kertas ini ialah untuk melihat bentuk teknologi yang digunakan dalam proses pembekalan air di negeri ini dan bagaimanakan perubahan teknologi pembekalan air di Selangor member impak terhadap penduduk di Selangor.Perbincangan ini didasarkan kepada pendekatan dan kaedah Sejarah. Untuk itu, data-data maklumat adalah berdasarkan sumber primer yang diperoleh daripada Rekod Tanah Jajahan( CO 439 dan CO 882 ), Fail Kerajaan Negeri Selangor (SSF) dan juga rekod dari Public Works Department ( PWD ).Daripada data yang diperoleh daripada Arkib Negara menunjukkan terdapat dua tahap penggunaan teknologi dalam pengurusan bekalan air bersih ini iaitu daripada aspek pengeluaran dan juga pengedarannya. Pada peringkat awal, teknologi takungan air atau empangan digunakan untuk menyimpan dan merawat bekalan air tersebut. Air di empangan akan di tapis serta dipastikan keselamatannya melalui ujian saintifik sebelum sumber air ini diedarkan melalui sistem perpaipan. Pihak Jabatan Kerja Raya (Public Work Department) dan Sanitary Board merupakan institusi penting yang menguruskan pembekalan air ini.Melalui penggunaan teknologi ini, sumber air bersih dapat diperolehi dengan lebih mudah dan selamat digunakan oleh orang awam. Penggunaan teknologi yang lebih baik dilihat dapat memastikan krisis bekalan air yang berlaku di Selangor sekitar tahun 1900 dapat diatasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Teknologi, Air, Selangor, impak.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 00:31
Last Modified: 28 Apr 2016 04:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14545

Actions (login required)

View Item View Item