mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

‘Syair Pelayaran ke Jawa, Siam dan Brastagi’: Sebuah peringatan lawatan Diraja Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu

Mohd. A’seri, Muhamad Safwan (2014) ‘Syair Pelayaran ke Jawa, Siam dan Brastagi’: Sebuah peringatan lawatan Diraja Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 29.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (742kB)

Abstract

Lawatan Diraja bukanlah suatu perkara luar biasa yang berlaku di dalam coretan sejarah Kesultanan Melayu khususnya di Terengganu.Hal ini kerana kunjungan tersebut boleh berlaku atas beberapa sebab-musabab tertentu yang mendorong kepada diadakan sebuah lawatan rasmi ataupun tidak rasmi oleh Sultan ke sesebuah kawasan.Dalam konteks Kesultanan Terengganu, lawatan-lawatan berbentuk ini telah berlangsung sekian lama dari peringkat awal pengasasannya sehinggalah kepada saat kini, yang mana masih releven untuk dilaksanakan.Namun menjadi suatu yang istimewa di Terengganu pada abad ke-20 adalah minat Tengku Ampuan yang gemar memuatkan perjalanan serta pengalaman hidupnya dalam bentuk prosa mahupun syair.Ini terbukti menerusi terhasilnya beberapa naskhah hasil nukilan baginda seperti Buku Lawatan Yang Maha Mulia dan Tengku Ampuan, Salasilah Dari Al-Marhum Baginda Omar hingga kepada Al-Marhum Sultan Sulaiman serta Lain-lainya Lawatan, Syair Perkahwinan Dahulu Kala, Syair Ingatan Kahwin Pada Tahun 1331 Di Pekan Pahang (I) dan (II) serta Syair Pelayaran Sultan Sulaiman Badrul Alam ke Jawa, ke Siam, Brastagi.Oleh ini, kertas kerja ini cuba mencari suatu kelainan dengan mengambil salah satu karya syair tulisan Tengku Ampuan Mariam untuk dianalisis dan diperkenalkan sebagai sebuah dapatan baru berkaitan sejarah lawatan diraja Terengganu.Syair ini bertajuk Syair Pelayaran ke Jawa, Siam dan Brastagi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 00:30
Last Modified: 23 May 2016 06:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14546

Actions (login required)

View Item View Item