UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Moderat dan Wasatiyyah


Ismail, Muhammad Zahir and Rozali, Ermy Azziaty and Mujani, Wan Kamal (2014) Moderat dan Wasatiyyah. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (819kB) | Request a copy

Abstract

Moderat ialah istilah yang sering diaplikasikan dalam penulisan Barat ditujukan kepada gerakan Islam yang mendukung demokrasi Barat dalam wilayah Islam. Manakala Wasatiyyah merupakan istilah yang kerap digunakan oleh tokoh-tokoh Islam untuk mengambarkan kesederhanaan dalam Islam. Ia adalah sebagai salah satu usaha tokoh-tokoh Islam bagi menangani salah tangapan Barat terhadap gejala ekstremisme dan ajaran Islam itu sendiri. Namun, kedua-dua istilah tersebut telah memberi satu pemahaman atau konotasi yang sama iaitu kesederhanaan.Persoalanya, apakah kesederhanaan yang difahami dan dianjurkan oleh moderat dan wasatiyyah berlandaskan asas prinsip yang sama atau berbeza?.Justeru itu, artikel ini akan memerihalkan epistemology moderat dan wasatiyyah daripada idea-idea Barat dan Islam.Kaedah pendekatan kajian kualitatif akan digunakan berdasarkan metode historical study dan content analysis untuk menghuraikan kedua-dua terminologi tersebut.Hasil dapatan menunjukkan terma moderat ini lebih bersifat euro-centric kerana jalur pemikiran moderat tersebut telah bermula di Barat, berbanding dengan terma wasatiyyah yang berakarkan terminologi daripada al-Quran dan al-Sunnah yang membentuk asas-asas kesederhanaan Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Moderat, Wasatiyyah,Kesederhanaan, Islam, Politik
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 03:04
Last Modified: 19 May 2016 06:22
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14548

Actions (login required)

View Item View Item