mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Puisi tradisi Melayu Sarawak: Asimilasi agama dan kepercayaan dalam amalan budaya masyarakat

Junaidi, Noni Harianti and Awang Abdullah, Awang Mangala (2014) Puisi tradisi Melayu Sarawak: Asimilasi agama dan kepercayaan dalam amalan budaya masyarakat. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 33.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (690kB) | Request a copy

Abstract

Masyarakat berbilang kaum di Sarawak mempunyai kekayaan khazanah adat dan budaya yang pelbagai. Adat dan budaya ini menjadi pegangan dan kepercayaan sejak turun temurun lagi.Pepatah biar mati anak, jangan mati adat amat sinonim dan signifikan dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya.Puisi tradisi Melayu Sarawak merupakan warisan pusaka nenek moyang yang telah diaplikasikan penggunaannya dalam budaya masyarakat itu sendiri.Ia juga turut digunakan sebagai satu cara untuk merealisasikan adat resam, kepercayaan, amalan budaya serta amalan agama mereka.Dari aspek inilah kita dapat melihat kepada gambaran tahap tamadun dan pemikiran masyarakat Melayu ketika zaman dahulu.Dilihat dari sudut sejarah didapati terdapat beberapa pengkaji di Barat yang telah mengkaji puisi Melayu di nusantara sejak dahulu seperti K.M. Endicott (1980), R.O.Winstedt (1917-1961), W.G.Shellaber (1975) dan ramai lagi.Tumpuan kajian mereka adalah terhadap penggunaan bahasa dalam puisi-puisi berkenaan. Kertas kerja ini akan melihat kepada pengaruh dan asimilasi agama dan kepercayaan dalam budaya masyarakat Melayu Sarawak melalui penggunaan puisi dalam beberapa perkara seperti bermukun (bergendang), majlis keramaian, amalan perubatan tradisional, petua dan permainan tradisional. Pengkaji juga akan turut meneliti kepada keperluan dan rasionalnya pada zaman serba moden ini dan melihat sejauh manakah puisi ini telah menjadi satu tradisi budaya dalam budaya masyarakat Melayu di Sarawak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Budaya, adat, puisi, Sarawak
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 03:07
Last Modified: 19 May 2016 01:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14550

Actions (login required)

View Item View Item