UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Banjir besar 1926 di Semenanjung Malaysia


Ishak, Noor Syamimi and Mohamed Dali, Azharuddin (2014) Banjir besar 1926 di Semenanjung Malaysia. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (514kB) | Request a copy

Abstract

Banjir merupakan suatu fenomena alam yang sentiasa melanda negara ini. Hampir setiap tahun, terutamanya ketika musim tengkujuh sebahagian besar negeri-negeri di negara ini tidak terlepas daripada ancaman banjir besar. Meskipun demikian, sehingga setakat ini, tidak banyak kajian sejarah yang dijalankan mengenai banjir apatahlagi melibatkan banjir besar. Terdapat persepsi yang menyatakan bahawa banjir bukanlah aspek yang sesuai untuk dikaji dengan menggunakan disiplin sejarah berbanding disiplin lain seperti geografi, kejuruteraan, hidrologi dan sebagainya. Meskipun begitu, kajian ini telah membuktikan bahawa banjir besar juga merupakan salah satu aspek penting yang boleh diselongkar dengan menggunakan disiplin sejarah terutama dalam meneliti kejadian banjir-banjir besar yang pernah berlaku sebelum ini. Hal ini kerana banjir besar merupakan salah satu sejarah alam sekitar yang telah melanda negara ini sejak sekian lama. Kajian sejarah banjir besar ini merupakan satu kajian yang masih baru dan kurang dilakukan di Malaysia. Walau bagaimanapun, kajian mengenai banjir besar ini telah banyak dilakukan di negara-negara luar.Lantaran itu, perbincangan ini cuba menghuraikan mengenai sejarah banjir besar yang melanda Semenanjung Malaysia sekitar Disember 1926 sehingga Januari 1927. Banjir adalah satu fenomena yang lazimnya dianggap sebagai satu malapetaka semulajadi.Fenomena ini wujud sebagai satu perhubungan ekologika dengan persekitaran yang terpaksa dihadapi oleh manusia. Maka, fokus diberikan terhadap peristiwa banjir besar yang melanda ketika itu dan kesan-kesan yang dibawa oleh banjir tersebut.Selain itu, perbincangan juga akan cuba memerihalkan langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak bertanggungjawab dalam menangani peristiwa tersebut serta mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa ekoran kejadian banjir besar itu. Berdasarkan aspek hidrologi, masalah banjir dilihat lebih berat berbanding masalah pencemaran alam berdasarkan kemusnahan yang dibawa oleh. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata mana-mana pihak pengurusan dan berkepentingan terhadap ancaman banjir besar yang perlu diterima oleh seluruh penduduk di Semenanjung Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Sejarah Alam Sekitar, Banjir, Banjir Besar, Bah Merah, Semenanjung Malaysia.
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 03:09
Last Modified: 18 May 2016 06:52
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14551

Actions (login required)

View Item View Item