mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor dan kesan pengambilan samsu di Selangor, 1900-1941

Ishak, Noor Syazwani (2014) Faktor dan kesan pengambilan samsu di Selangor, 1900-1941. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (535kB)

Abstract

Pembuatan dan pengambilan samsu merupakan satu fenomena yang cukup dirasakan oleh masyarakat di Tanah Melayu.Meskipun pada asasnya samsu lebih merupakan minuman yang diminum oleh orang Cina dan India, namun orang Melayu juga tidak terkecuali dari mengambil minuman ini.Kajian ini merupakan satu kajian yang akan menyentuh mengenai faktor dan kesan daripada pengambilan samsu di Selangor.Kajian ini memberi perhatian kepada kesan daripada pengambilan samsu dalam masyarakat Selangor dan sedikit sebanyak menyentuh faktor faktor yang menyumbang kepada pengambilan minuman tersebut.Terdapat faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan pengambilan samsu dalam kalangan masyarakat Selangor. Kesan daripada pengambilan samsu ini dilihat memberi impak yang penting dalam kehidupan masyarakat Selangor kerana telah menjejaskan kesihatan dan institusi sosial mereka. Samsu memperlihatkan kesan negatif dalam kehidupan seharian mereka seperti meruntuhkan institusi kekeluargaan dan hubungan kejiranan serta menjejaskan kesihatan penduduk Selangor. Kajian mengenai samsu tidak banyak diberi pendedahan secara mendalam dan khusus, oleh itu kajian ini dilihat amat penting dalam memberi maklumat dan pengetahuan mengenai samsu di Selangor khususnya kepada masyarakat Selangor. Kajian-kajian yang sedia ada tidak banyak merungkai dan meneliti mengenai pengambilan samsu dengan lebih terperinci khususnya di Selangor. Kajian-kajian yang sedia ada juga lebih memberi pendedahan mengenai minuman alkohol secara umum sahaja tanpa memberi fokus kepada samsu. Kajian ini dilihat amat penting untuk menambah lagi kajian-kajian mengenai samsu yang sedia ada dan menambah lompang-lompang kekurangan dalam kajian-kajian tersebut.Kajian yang bakal dihasilkan ini juga penting kerana tajuk ini akan dapat mengupas dengan lebih lengkap tentang perkembangan samsu sebelum tempoh merdeka di Selangor.Hal ini kerana, banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain dilihat lebih memberi fokus kepada tempoh tahun selepas Tanah Melayu merdeka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Selangor, Samsu, Kesan.
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 03:11
Last Modified: 18 May 2016 06:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14557

Actions (login required)

View Item View Item