UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Propaganda akhbar Filipina dalam isu tuntutan Filipina ke atas Sabah: Kesan terhadap hubungan luar dan proses pembentukan Malaysia, 1962-1963


Kadir, Norizan (2014) Propaganda akhbar Filipina dalam isu tuntutan Filipina ke atas Sabah: Kesan terhadap hubungan luar dan proses pembentukan Malaysia, 1962-1963. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (696kB) | Request a copy

Abstract

Pada 20 Januari 1962, masyarakat di Kepulauan Nusantara khususnya Tanah Melayu dan Borneo telah dikejutkan dengan satu artikel yang bersifat provokatif yang diterbitkan oleh Philippine Free Press.Artikel yang bertajuk North Borneo is Ours yang ditulis oleh Napoleon G. Rama, seorang wartawan terkemuka di Filipina tersebut telah mencetuskan ketegangan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu dan Kerajaan British.Pelbagai reaksi dan respons yang dilontarkan oleh pemimpin dan pengamal media di Tanah Melayu yang majoritinya mengutuk sikap media Filipina yang tidak profesional dan menganggap tindakan tersebut sebagai satu helah untuk melengahkan usaha pembentukan Malaysia yang diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.Penerbitan artikel tersebut tidak hanya berakhir di situ sahaja, malahan media Filipina menerusi akhbar-akhbar arus perdana yang lain dilihat semakin berani mengeluarkan artikel-artikel yang cuba mewujudkan konfrontasi antara Tanah Melayu dan Filipina. Antara akhbar-akhbar tempatan Filipina lain yang turut mengeluarkan artikel mengenai persoalan Sabah adalah Manila Times, Philippine Herald, Manila Chronicle, Daily Mirror, Evening News dan Manila Daily Bulletin. Usaha media Filipina mempropagandakan isu Sabah tersebut akhirnya berjaya mempengaruhi keputusan Republik Filipina agar segera menghantar aide-memoire kepada British bagi mencabar kedaulatan British ke atas Sabah.Justeru, artikel ini akan meninjau peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Filipina yang menjadi salah satu medium yang paling berpengaruh dalam pembentukan dasar luar Filipina.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Propaganda, provokatif, kempen, tuntutan dan hubungan
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
J Political Science > JZ International relations
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 08:24
Last Modified: 19 May 2016 01:23
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14561

Actions (login required)

View Item View Item