Awang, Saadon (2014) Meneroka sejarah penggunaan istilah 'jawi' dalam tamadun dunia. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.
![]() |
PDF
Restricted to Registered users only Download (716kB) | Request a copy |
Abstract
Pada hari ini, istilah `jawi’ merupakan satu perkataan yang difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan orang-orang Melayu.Pengertian paling utama adalah pada `tulisan jawi’, yang menjadi satu simbol komunikasi bertulis yang dapat disampaikan dari satu generasi ke satu genarasi yang berikutnya. Walau bagaimanapun, sama ada disedari atau tidak, terdapat beberapa keadaan di mana istilah `jawi’ telah digunakan, yang sekaligus membawa maksud tertentu dari segi nilainya di sisi sejarah. Kertas ini cuba meneroka sejarah kewujudan dan skop penggunaan istilah `jawi’ yang telah lama digunakan di Malaysia tetapi kurang didedahkan tentang asal usulnya.Istilah-istilah seperti beras jawi, masuk jawi, Jawi Peranakan dan orang Jawi adalah beberapa contoh yang akan dikaji sebagai bahan bukti sejarah penggunaan istilah tersebut. Adalah diharapkan, sumbangan kecil ini dapat membuka laluan kepada satu kajian yang lebih besar, yang seterusnya akan memberi sumbangan kepada bidang sejarah mengenai tamadun manusia di dunia.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia). |
Uncontrolled Keywords: | jawi, tamadun, nusantara |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia |
Divisions: | School of Government |
Depositing User: | Mr. Saadon Awang |
Date Deposited: | 22 Jun 2015 08:22 |
Last Modified: | 28 Apr 2016 02:52 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14564 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |