UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Hubungan gajah dengan orang Melayu (di Semenanjung Tanah Melayu): Tumpuan terhadap aspek sosial


Ramakrishnan, Renuka and Esa, Norizan and Abdullah, Siti Hawa (2014) Hubungan gajah dengan orang Melayu (di Semenanjung Tanah Melayu): Tumpuan terhadap aspek sosial. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (692kB)

Abstract

Alam Melayu mempunyai satu ruang geografi yang istimewa lantaran memiliki satu ketamadunan yang tinggi.Sejarah membuktikan ketamadunan yang tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian dan kepentingan budaya di Alam Melayu. Selain dari tumbuh-tumbuhan yang memainkan peranan yang penting terhadap orang Melayu, haiwan turut menjadi penyumbang utama kepada kepentingan sumber semulajadi di Alam Melayu. Melalui penelitian ini hubungan orang Melayu dengan elemen semulajadi ini sebenarnya telah wujud dalam satu tempoh masa yang panjang. Sejarah telah membuktikan hubungan yang terlakar ini wujud dalam satu kondisi yang cukup unik, lebih-lebih lagi penelitian diperincikan terhadap hubungan orang Melayu dengan gajah.Kajian ini merupakan satu usaha awal untuk melihat sejarah tempatan dari sisi yang sedikit berbeza.Melalui perbincangan dalam makalah ini memperlihatkan gajah bukan hanya berperanan besar terhadap kepentingan golongan bangsawan semata-mata, malah sangat penting dalam kehidupan sosial orang Melayu silam. Sehubungan dengan itu, makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan hubungan gajah dengan orang Melayu yang diperlihatkan menerusi aspek sosial. Bentuk hubungan dari sudut sosial ini sebenarnya adalah rentetan daripada hubungan politik telah wujud. Bagi tujuan penelitian ini, kajian bersifat kualitatif dengan merujuk kepada sumber-sumber dari medium kepustakaan seperti manuskrip atau naskhah-naskhah Melayu, ataupun catatan barat dan yang seumpama dengannya. Oleh itu, makalah ini akan cuba untuk membuktikan, kepentingan gajah yang bukan hanya tertumpu terhadap aspek politik, malah turut signifikan terhadap aspek sosiobudaya. Menerusi makalah ini juga, diharapkan membuka satu pandangan baru umum perihal peranan dan fungsi yang dimainkan gajah terhadap orang Melayu silam. Justeru, dengan perbincangan ini dapat menjadi batu loncatan kepada pengkaji seterusnya bagi meneliti hubungan, fungsi serta keterlibatan haiwan-haiwan lain yang turut berperanan penting terhadap pelbagai aspek kehidupan orang Melayu silam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-79-3 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Gajah, Orang Melayu, Hubungan, Sosial
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 08:29
Last Modified: 24 May 2016 06:27
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/14565

Actions (login required)

View Item View Item